awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ePlacement: Keputusan penempatan pegawai perubatan boleh disemak mulai hari ini

Bernama
Bernama
08/07/2025
09:18 MYT
ePlacement: Keputusan penempatan pegawai perubatan boleh disemak mulai hari ini
Dr Dzulkefly berkata calon yang ingin mengemukakan rayuan pertukaran penempatan, boleh mengisi borang Google Form yang disediakan dalam hebahan sistem ePlacement selepas keputusan penempatan dikeluarkan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Keputusan pemilihan penempatan bagi 2,248 pegawai perubatan kontrak Gred UD10 yang telah ditawarkan lantikan tetap melalui sistem ePlacement boleh disemak bermula hari ini.

Ringkasan AI
  • Seramai 2,248 pegawai perubatan kontrak Gred UD10 yang ditawarkan lantikan tetap boleh menyemak keputusan penempatan mereka melalui sistem ePlacement mulai hari ini.
  • Tempoh rayuan pertukaran penempatan dibuka dari 8 hingga 14 Julai, dan hanya permohonan lengkap dalam tempoh ini akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Penempatan dan Pertukaran (JKPP).
  • Keputusan rayuan akan diumumkan pada 19 Ogos, manakala KKM turut meneliti cadangan penggunaan sijil cuti sakit digital bagi membanteras penyalahgunaan dalam kalangan penjawat awam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bagaimanapun bagi calon yang ingin mengemukakan rayuan pertukaran penempatan, mereka boleh mengisi borang Google Form yang disediakan dalam hebahan sistem ePlacement selepas keputusan penempatan dikeluarkan.
"Tempoh rayuan dibuka dari 8 Julai, 10 pagi hingga 14 Julai, 5 petang ... hanya rayuan yang dikemukakan dengan dokumen lengkap dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Penempatan dan Pertukaran (JKPP).
"Rayuan yang dikemukakan sebelum atau selepas tempoh ini tidak akan dipertimbangkan oleh JKPP bagi memastikan keputusan rayuan dapat dimaklumkan lebih awal dan tidak mengganggu garis masa serta urusan melapor diri bertugas di penempatan yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Awam ke-12 dan Persidangan Saintifik Institut Kesihatan Negara ke-26 di sini hari ini.
Dzulkefly berkata keputusan rayuan akan diketahui pada 19 Ogos dan pegawai perubatan yang terlibat boleh membuat semakan menerusi sistem sama.
"Dengan mengintegrasikan nilai MADANI seperti Kemampanan, Kesejahteraan dan Daya Cipta, KKM yakin sistem kesihatan awam Malaysia dapat diperkasakan bagi menghadapi realiti baharu dan cabaran masa hadapan," katanya.
Sementara itu, mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk penggunaan sijil cuti sakit digital bagi membanteras penggunaan sijil cuti sakit palsu dalam kalangan penjawat awam, beliau berkata perkara itu sedang diteliti KKM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ePlacement
#penempatan pegawai perubatan
#permohonan pertukaran
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan