awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERC adakan 21 sesi libat urus di seluruh negara

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2020
12:19 MYT
ERC adakan 21 sesi libat urus di seluruh negara
ABDUL RASHID: ERC telah mengemukakan laporan interim kepada Dr Mahathir di Putrajaya sebagai makluman mengenai kemajuan kajian ERC sehingga kini. - Gambar ERC
Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) telah mengadakan sebanyak 21 sesi libat urus di seluruh negara sepanjang 16 bulan lalu untuk mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya termasuk melakukan perbandingan dengan negara-negara demokrasi yang maju.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, pihaknya juga menerima pandangan dan input dalam bentuk memorandum secara bertulis daripada pelbagai pihak termasuk parti politik.
"ERC telah mengemukakan laporan interim kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pada hari ini sebagai makluman mengenai kemajuan kajian ERC sehingga kini.
"Laporan interim ini terdiri daripada syor-syor yang telah dibentuk sebagai langkah awal dalam urusan penambahbaikan sistem dan undang-undang pilihan raya.
"Sebagai langkah susulan, ERC akan mengambil tindakan seterusnya bagi menyediakan satu laporan penuh yang akan dikemukakan kepada Dr Mahathir selewat-lewatnya pada Ogos 2020," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
BACA: Tempoh penamaan calon perlu dipanjangkan - Pengerusi ERC
BACA: ERC cadang tarikh PRU diumum lebih awal
Tugas utama ERC adalah mengemukakan cadangan dan syor bagi memastikan pilihan raya di Malaysia dilaksanakan dengan sempurna, mengikut standard yang dicapai oleh negara-negara demokrasi yang maju dan bagi mendapatkan kepercayaan awam sepenuhnya.
ERC juga menjalankan kajian yang intensir sejak ditubuhkan dengan berfokuskan kepada 15 komponen kajian yang spesifik berlandaskan kepada objektif untuk mencapai tahap demokrasi pilihan raya sempurna.
Topic Berkaitan
#demokrasi
#ERC
#interim
#komponen
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#politik
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan