awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERL: Lelaki maut digilis adalah penceroboh, bukan penumpang

Bernama
Bernama
31/05/2015
23:24 MYT
ERL: Lelaki maut digilis adalah penceroboh, bukan penumpang
ERL berkata mangsa dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam kawasan trek berpagar dan tiada tiket ERL mahupun dokumen pengenalan diri ditemui padanya. - Gambar Fail
Lelaki yang dijumpai mati dekat Stesen Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) Bandar Tasik Selatan pagi semalam ialah seorang penceroboh dan bukan penumpang.
Dalam satu kenyataan malam tadi, ERL berkata mangsa dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam kawasan trek berpagar dan tiada tiket ERL mahupun dokumen pengenalan diri ditemui padanya.
Mayat lelaki itu dikesan oleh pemandu kereta api ERL pada pukul 9.11 pagi tadi di KM7.2, kira-kira satu kilometer dari Stesen Bandar Tasik Selatan.
"Kami ingin menjelaskan bahawa lelaki itu bukan penumpang seperti disebutkan dalam beberapa laporan-laporan berita," menurut ERL.
BACA: Lelaki dipercayai penumpang putus kepala digilis ERL
Perkhidmatan ERL yang tergendala pagi semalam disambung semula pada 1.40 tengah hari dan tiada gangguan selanjutnya dijangka berlaku pada jadual perjalanan kereta api itu.
ERL menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki kawasan landasan berpagar untuk keselamatan.
ERL berkata melintas atau berjalan di atas trek landasan adalah amat berbahaya kerana kereta api ERL bergerak senyap semasa di atas trek dengan berkelajuan tinggi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata insiden berlaku apabila lelaki tidak dikenali itu maut selepas digilis oleh ERL yang dalam perjalanan ke Stesen KL Sentral.
Beliau berkata beberapa bahagian tubuh mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Bandar Tasik Selatan
#ceroboh
#ERL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan