awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#ERLNaik : Marah dan kecewa banjiri media sosial

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
04/12/2015
07:51 MYT
#ERLNaik : Marah dan kecewa banjiri media sosial
Rakyat Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan tambang ERL di Twitter.
Kenaikan tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke KLIA2 dari RM35 ke RM55 yang diumumkan baru-baru ini tidak mendapat sambutan positif dalam kalangan netizen tempatan.
Warga Twitter khususnya melahirkan rasa marah dan kecewa terhadap keputusan kenaikan tambang tersebut yang dianggap mendadak dan membebankan rakyat yang sudah pun dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang lain.
Selain mendapatkan reaksi Twitter, Astro AWANI turut menjalankan satu undian.
#ERLNaik: Adakah anda bersetuju dengan kenaikan tambang sehala ERL kepada RM55?
— Astro AWANI (@501Awani) December 2, 2015
Daripada 5306 responden, sebanyak 94 peratus tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, Hanya 3 peratus bersetuju dan selebihnya memilih untuk neutral.
'Kemudahan' awam is no longer mudah. It's 'kesusahan' awam now. Muah ciked. /p>— selai faz comel ter (@fuzzackey) December 3, 2015
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, kerajaan seharusnya mempertimbangkan semula keperluan berkenaan untuk menaikkan caj tambang perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang benar-benar menekan kos sara hidup rakyat.
India ada Taj Mahal. Malaysia ada Tol Mahal, LRT mahal, ERL Mahal, Komuter Mahal, Teh Tarik Mahalnya Anney RM3.50!
— FWZ (@FawazAzuar) December 4, 2015
Well Ive just planned to buy a horse memandangkan harga minyak lrt erl ktm mrl nak naik.
— (@NaqibahHishamdn) December 4, 2015
Ramai juga yang membandingkan tambang baharu ERL dengan tambang penerbangan yang lebih murah, menjadikan ERL sebagai pilihan yang kurang munasabah untuk ke dua lapangan terbang tersebut.
Baru plan nak balik kl bulan satu ni sebab tiket 49 hinggit je. Tapi malangnya erl lagi mahal dari tiket flight hikhokhikhok
— Athira (@adrianaathira_) December 3, 2015
Naik ERL pergi balik KL Central RM 110. Tiket kapal terbang pergi balik Langkawi beli masa offer RM 80. Aduhhh alangkah lucunya negaraku ini
— Amar Amir (@amarXamirY) December 1, 2015
Namun bukan semua netizen memilih untuk meluahkan perasaan semata-mata.
Beberapa pengguna berkongsi beberapa cadangan untuk berhadapan dengan kenaikan tambang ERL.
Misalnya, ada cadangan agar kenaikan tambang ini hanya dikenakan kepada penumpang bukan warganegara Malaysia.
Ada juga yang mencadangkan agar pengguna yang tidak berhadapan dengan kesuntukan masa untuk menggunakan laluan KLIA Transit yang lebih murah.
KL Sentral - KLIA Total: RM55.00 KL Sentral - Salak Tinggi (RM18.30) Salak Tinggi - KLIA (RM4.90) Total: RM23.20 pic.twitter.com/BchZwQ5Yt8
— Azwan (@azwant) December 3, 2015
X jadi la plan nak naik ERL next week, naik Aerobus RM9 dr Paradigm. Jimat berganda2.
— shafiQ Saad (@kayshafiQ21) December 3, 2015
Along with the so called 'justifications', maybe ERL should've also announced special discounts and incentives exclusively for Malaysians
— Asrul Muzaffar (@asrulmm) December 4, 2015
@uber_my shld do a car pool campaign from KL Sentral. Ppl share an Uber with other travelers to KLIA. Save money. #ERLNaik #ThankMeLater
— uzz (@uzz) December 3, 2015
Kadar tambang baharu ERL akan berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun hadapan.
Topic Berkaitan
##ERLNaik
#ERL
#tambang ERL
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan