awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela sahkan 47 askar maut dalam operasi AS tangkap Maduro
Beku perolehan: KDN sedia kaji semula, elakkan penyelewengan - Saifuddin
PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESKL ubah landskap perkhidmatan konsular pekerja Bangladesh di Malaysia

Khalis Khadir
Khalis Khadir
13/08/2025
12:57 MYT
ESKL ubah landskap perkhidmatan konsular pekerja Bangladesh di Malaysia
Model operasi ESKL ini sekali gus dilihat berpotensi menjadi contoh kepada negara lain dalam menyediakan perkhidmatan konsular yang telus, moden dan berkesan. - Foto ESKL
KUALA LUMPUR: Ramai pekerja migran Bangladesh di Malaysia sebelum ini terpaksa bergantung kepada orang tengah atau dalal untuk mendapatkan perkhidmatan konsular.
Proses yang memakan masa, kos yang melambung dan risiko penipuan menjadi realiti pahit bagi mereka walaupun hanya untuk pembaharuan pasport.
Namun, situasi itu berubah selepas penubuhan Expat Services Kuala Lumpur (ESKL) pada akhir 2023, syarikat yang dilantik kerajaan Bangladesh untuk menguruskan perkhidmatan secara lebih telus, digital dan sistematik.
Gias Ahamad
Gias Ahamad
Menurut Pengarah Urusan ESKL, Gias Ahamad, pihaknya diberi mandat untuk mengambil alih sebahagian fungsi Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur yang berdepan kekangan sumber.
“Kerajaan Bangladesh memberi kebenaran kepada ESKL untuk menyediakan perkhidmatan konsular kepada komuniti ekspatriat Bangladesh di Malaysia. Boleh dikatakan, mereka adalah komuniti keempat terbesar di negara ini.
“Jadi, kami boleh melakukan banyak perkara yang tidak dapat disediakan oleh sistem konsular Bangladesh kepada pemohon. Kami (ESKL) juga lebih fleksibel di sini sebab kita bekerja sehingga tugas itu selesai,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini, baru-baru ini.
Azif Azman
Azif Azman
Ketua Pembangunan Perniagaan ESKL, Dr Azif Azman berkata, ia kini mengubah cara lama yang bergantung kepada proses manual kepada sistem digital sepenuhnya sehingga berjaya memproses lebih 126,000 pasport dalam tempoh enam bulan sahaja.
“Dengan pasukan profesional terlatih yang terdiri daripada kakitangan Malaysia dan Bangladesh, ESKL menyediakan 65 kaunter dan mampu mengendalikan sehingga 1,500 permohonan pembaharuan pasport setiap hari.
“Bermula dari janji temu secara dalam talian, pengisian borang sehingga pembayaran terus ke akaun rasmi Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, semuanya direkod secara harian dan boleh diaudit oleh pihak berkuasa kedua-dua negara.
“Sekarang semuanya sudah beralih ke arah digital, jadi ini dapat mengurangkan rasuah kerana tiada penipuan, pihak ketiga atau orang tengah terlibat. Jadi, sistem yang dilaksanakan ESKL ini memang telus,” ujarnya.
ESKL
ESKL
ESKL kini memperluas peranannya dengan membina ekosistem kewangan untuk pekerja migran termasuk menawarkan pinjaman jangka pendek bagi mengelakkan mereka menjadi pendatang asing tanpa izin akibat gagal memperbaharui visa.
ESKL turut bekerjasama dengan syarikat Malaysia untuk membangunkan e-dompet, saluran kiriman wang yang sah dan selamat serta pembayaran gaji terus daripada majikan tanpa melalui saluran haram.
Kad Mastercard yang dihubungkan dengan e-dompet ini juga memberi akses kewangan kepada pekerja tanpa akaun bank, membolehkan mereka mengirim wang ke kampung secara sah tanpa bergantung kepada sistem tidak rasmi.
Model operasi ESKL ini sekali gus dilihat berpotensi menjadi contoh kepada negara lain dalam menyediakan perkhidmatan konsular yang telus, moden dan berkesan.
Topic Berkaitan
#ESKL
#pekerja Bangladesh
#Konsular
#Dalal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan