Astro Publication
Thu Sep 03 2015
Siapa Dato' Nadia Marni?
Saya masih berkhidmat dalam bidang guaman sebagai peguam di sebuah firma guaman milik rakan saya. Dahulunya saya mendapat pendidikan dalam jurusan Undang-undang di UiTM Shah Alam. Bapa saya, Mat Zin adalah bekas pegawai bank dan kini berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Penapisan Filem. Ibu, Karimah adalah surirumah sepenuh masa sejak saya kecil hingga kini. Saya adalah anak kedua daripada lima adik-beradik. Kini, jarang sekali saya turun-naik mahkamah kecuali apabila diperlukan sahaja. Kebanyakannya saya kendalikan kes-kes seperti masalah rumahtangga, sivil juga kes-kes yang melibatkan perundangan syariah. Dalam masa sama, saya turut meminati fesyen dan menceburi bidang ini dengan label saya sendiri iaitu Nadia Marni. Ia lebih kepada kerjaya sampingan dan sekadar hobi untuk mengembangkan minat yang ada.
Jika ada yang bertanyakan apa yang anda tahu tentang fesyen sehingga bertindak menceburi bidang ini, jawapan anda?
It’s all about taste and just go with it. Fesyen itu sesuatu yang cantik dan saya suka melihat wanita kelihatan cantik dalam busana yang diperagakan. Saya tidak suka ulang pakai baju yang sama dan kebanyakan baju yang saya pakai cuma sekali itu sahaja saya sarungkan. Dan kerana itu saya perlukan pereka untuk mereka cipta pakaian saya. Saya juga adalah model untul label saya. Dan bagi melengkapkan penampilan, saya memerlukan jurusolek untuk menggabungkan elemen wow pada wajah agar sesuai dengan baju yang saya sarungkan.
Sering berpakaian seksi dan daring – adakah ia sememangnya gaya peribadi anda dan selesa dengan imej seksi atau bagaimana?
Itulah gaya peribadi saya tetapi tidaklah seksi tanpa mengira tempat. Ia bergantung kepada tempat dan mengikut kesesuaian majlis yang saya hadiri. Selebihnya saya selesa menyarung jeans dan baju-T sahaja untuk gaya seharian. Secara peribadi, saya tidak kisah jika ada yang melabelkan gaya saya seperti pelacur, seksi terlampau dan sebagainya. Syukur hingga kini saya masih menjalani kehidupan seharian dengan selamat dan tenteram. Tidak pernah menerima sebarang bentuk ugutan bunuh atau sesuatu yang ekstrem sehingga membahayakan nyawa saya atau keluarga.
Gelaran Dato', mungkin ada yang menyangkal bagaimana usia semuda anda bisa meraihnya. Kongsikan?
Macam mana nak cakap ya? Saya percaya kepada soal rezeki. Mungkin berkat usaha saya membantu klien menyelesaikan masalah mereka, di situ Allah luaskan jalan buat saya. Saya menerima pangkat darjah kebesaran daripada kerajaan negeri Pahang tahun ini. Secara peribadi, saya tidak ambil pusing apa yang orang cakapkan mengenai saya. Sama ada mereka tidak berpuas hati dengan saya, itu lain cerita. Selagi keselamatan keluarga saya tidak terancam, tidak mendatangkan bahaya kepada diri dan saya masih selamat, saya tidak kisah cakap-cakap orang mengenai saya. I couldn’t be bothered. Selebihnya saya hanya mampu ketawa sahaja jika saya terdengar cakap-cakap mengenai perihal diri saya. Masih banyak perkara yang harus saya fikirkan daripada mendengar komen negatif mengenai diri saya. Saya hanya usaha, redha dan tawakal.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
[ESKLUSIF] “Gelaran Dato’ berkat usaha saya membantu klien.” – Dato’ Nadia Marni
Saya menerima pangkat darjah kebesaran daripada kerajaan negeri Pahang tahun ini. Secara peribadi, saya tidak ambil pusing apa yang orang cakapkan mengenai saya...