awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan

Bernama
Bernama
06/05/2024
09:30 MYT
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Victor berkata 400 kenderaan dan 832 individu diperiksa dalam operasi bersepadu bermula 3 Mei lepas. - Foto Bernama
LAHAD DATU: Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang dilaksanakan selama dua hari di sekitar Kalabakan.
Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata 400 kenderaan dan 832 individu diperiksa dalam operasi bersepadu bermula 3 Mei lepas, dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi lain.
"Sebanyak 26 individu telah ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 16(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata PDRM pula menahan 10 individu atas kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah berbahaya dan merampas dadah seberat 5.22 gram.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan seorang suspek serta merampas minyak 1,750 liter minyak diesel dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di bawah kesalahan Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Kejayaan operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan melalui Operasi Sanggah ESSCOM dalam memperkasakan operasi sedia ada di bawah PDRM, ATM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi penguatkuasaan lain," katanya sambil menambah operasi berkenaan selaras dengan hasrat ESSCOM bagi mengekang ancaman pencerobohan serta memelihara keselamatan awam di pantai Timur Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSCom
#operasi bersepadu
#Kalabakan
#victor sanjos
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan