PETALING JAYA: Etiqa baru-baru ini telah melancarkan ‘Program Celik 3M Etiqa Cares’ bersama ADAB Youth Garage (AYG) sebagai usaha membantu golongan pelajar agar dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) pada peringkat umur yang sepatutnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Insurance Berhad (EGIB), Fukhairudin Mohd Yusof berkata, program itu merupakan sebahagian komitmen syarikat itu untuk mengatasi isu penguasaan kemahiran 3M dalam kalangan pelajar sekolah rendah, khususnya bagi golongan B40.
Fukhairudin berkata, melalui program tersebut, Etiqa antara lain akan memberi tumpuan kepada 100 pelajar di kawasan perumahan rakyat (PPR) Kota Damansara, Petaling Jaya bagi membantu mereka menguasai kemahiran 3M itu.
Jelasnya, kumpulan pelajar terbabit telah dikenal pasti menghadapi cabaran kekurangan akses kepada sambungan internet dalam mengikuti sistem Pengajaran dan Pelajaran di Rumah (PdPR), susulan pandemik COVID-19.
“Yang membimbangkan adalah pandemik ini telah memberi impak negatif kepada proses pembelajaran para pelajar serta menambahkan jurang ketidakseimbangan antara kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak daripada golongan pendapatan rendah yang terpaksa berhadapan dengan cabaran kekurangan akses sambungan internet.
"Oleh itu, bagi menghidupkan visi korporat Etiqa, ‘Making The World a Better Place’, pihak kami melancarkan Program Celik 3M Etiqa Cares bersama AYG bagi membantu 100 pelajar sekolah rendah meningkatkan tahap penguasaan ilmu 3M mereka menerusi kelas tambahan yang disediakan. Selain itu, kelas-kelas ini juga akan diajar dan diselia oleh pelatih AYG yang arif dalam pengajaran 3M,” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Pada masa sama, Fukhairudin turut berharap program ini berlangsung dengan jayanya agar dapat dikembangkan di Etiqa Cares Centre lain sekitar Lembah Klang seperti di Kampung Baru Hicom, Shah Alam dan Taman Medan Jaya, Petaling Jaya untuk membantu lebih ramai lagi pelajar di masa akan datang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ADAB Youth Garage, Mohammad Nizam Shamsuddin berkata pihaknya sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak Etiqa untuk membantu para pelajar menguasai ilmu 3M tersebut.
“ADAB Youth Garage sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Etiqa dalam para pelajar menguasai ilmu membaca, menulis, mengira. Ini kerana mengikut tinjauan kami, didapati bahawa 60 peratus pelajar sekolah rendah di PPR Kota Damansara ini masih belum mahir ilmu 3M. Oleh itu kami turut berharap program ini akan memberi impak positif dalam kehidupan kanak-kanak tersebut,” katanya.
Selain itu, Etiqa juga telah menyumbangkan sebuah set lengkap uniform sekolah, sepasang kasut sekolah, beg sekolah serta pelitup muka kepada pelajar yang menyertai program tersebut sebagai usaha mengurangkan bebanan ibu bapa di perumahan itu pada awal tahun ini.
Menariknya lagi, pihak AYG turut menyediakan pelbagai aktiviti seperti menyiapkan kerja rumah dan sesi ulang kaji berkumpulan termasuk bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sesi motivasi dan teknik menjawab soalan, kelas penguasaan Google Meet, Iqra' Jom Mengaji dan banyak lagi.
Di samping itu, Etiqa Cares Centre PPR Kota Damansara ini juga telah ditambah baik dengan kemudahan fasiliti yang dilengkapi dengan ruang yang selesa dan kelengkapan internet untuk kemudahan pembelajaran.
Eton Khir
Mon Jul 04 2022
Pelajar kini boleh menggunakan Etiqa Cares Centre sebaik mungkin bagi membantu kemajuan pembelajaran mereka. - Foto Etiqa
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Wisma Putra sahkan letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Narathiwat
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai di wilayah Narathiwat, Thailand pada 9.35 malam waktu tempatan Isnin (6 Mei).
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Pentas terajui usaha perkukuh kawal selia komunikasi & multimedia serantau
Malaysia berharap dapat mengeratkan kerjasama antara negara ASEAN untuk kawal selia yang lebih mantap dalam lapangan komunikasi dan multimedia menerusi penganjuran Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024.
#AWANI745
#AWANI745
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Medan anak muda bentuk, tambah baik polisi Wilayah Persekutuan
Suara anak muda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diangkat dalam wadah baharu, iaitu sidang belia Wilayah Persekutuan.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Wisma Putra sahkan letupan di tempat Pemeriksaan Zon Keselamatan di Narathiwat
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai di wilayah Narathiwat, Thailand pada 9.35 malam waktu tempatan Isnin (6 Mei).
Malaysia-Gaza: Bantuan kontena Malaysia berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Fasa pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah, pada Selasa.
#AWANI745
#AWANI745
Waspada dan elak stres dalam cabaran cuaca panas
Pakar perubatan dan pakar kaunseling menasihatkan petugas dan bakal jemaah haji Malaysia supaya bersiap sedia dalam keadaan cuaca panas di Madinah dengan suhu yang boleh mencecah sehingga 42 darjah Celcius yang bukan sahaja boleh menimbulkan risiko penyakit berkaitan penafasan serta kulit, tetapi juga boleh menyebabkan tekanan serta emosi yang tidak stabil dalam kalangan jemaah.
#AWANI745
#AWANI745
Kelantan akan selaras kenaikan gaji penjawat awam negeri - MB
Kerajaan Kelantan akan menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam negeri itu seiring dengan kenaikan gaji penjawat awam kerajaan Persekutuan.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan
Seorang pesara berkata, skim itu dapat meringankan beban kewangan dan membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan.
112,887 isi rumah B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI
Skim itu telah mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada pihak berkenaan dengan sebanyak 181,460 rawatan pesakit luar telah diberikan setakat ini.
KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua
KBS menyasarkan seramai 5,760 kanak-kanak, berumur enam hingga 12 tahun, untuk menyertai program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi fasa kedua mulai September hingga Disember ini.
Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata
Kesihatan mata merupakan masalah utama kesihatan global yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Program Jualan Ehsan Rahmah diperluas ke 12 lokasi sehari bermula Ogos
Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diperluas ke 12 lokasi sehari bermula 1 Ogos ini berbanding sembilan lokasi sebelum ini.
200 lesen bas PSV percuma ditawarkan kepada golongan B40 di Pantai Timur
Sebanyak 200 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bas ditawarkan kerajaan secara percuma khusus kepada golongan B40 di negeri Pantai Timur, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.