awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Albania bangkit ikat Croatia, 2-2 di Hamburg

Sinar Harian
Sinar Harian
20/06/2024
00:40 MYT
EURO 2024: Albania bangkit ikat Croatia, 2-2 di Hamburg
Klaus Gjasula (tiga, kiri) bersama rakan sepasukan meraikan gol kedua yang dijaringkan ketika perlawanan Euro 2024 Kumpulan B antara Croatia dan Albania di Hamburg, Jerman, 19 Jun 2024. (Foto AP)
ALBANIA bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Croatia 2-2 dalam pertemuan mendebarkan Kumpulan B Euro 2024 di Volksparkstadion, Hamburg pada Rabu.
Skuad kendalian Zlatko Dalic dan Sylvinho tampil dalam perlawanan kedua kumpulan dengan misi kemenangan selepas tewas aksi pertama sebelum ini.
Croatia sebelum ini dijinakkan Sepanyol, 3-0 manakala Albania yang tewas 1-2 kepada Itali tiada pilihan kecuali menang untuk menyalakan peluang mara ke fasa kalah mati.
Pemain gantian Klaus Gjasula muncul wira Albania apabila menyamakan kedudukan pada masa kecederaan hasil rembatan pada minit ke-95.
Jaringan Gjasula yang dimasukkan minit ke-72 menggantikan pencetus gol pertama Qazim Laci menerusi tandukan minit ke-11, menebus semula jaringan sendiri minit ke-76 sebelum itu.
Croatia yang ketinggalan separuh masa pertama berjaya menyamakan kedudukan hasil daripada rembatan Andrej Kramaric pada minit ke-74.
Sebelum itu, Albania mensia-siakan beberapa peluang separuh masa pertama berdepan tekanan gelombang kebangkitan Croatia dijanakan kapten, Luka Modric pada separuh masa kedua.
Croatia akan berdepan Itali di Red Bull Arena, Leipzig manakala Albania melayan Sepanyol di Dusseldorf Arena pada 25 Jun dalam aksi terakhir kumpulan. - Sinar Harian
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Albania
#Croatia
#Klaus Gjasula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan