awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Denmark pastikan peluang ke pusingan kalah mati terus terbuka

Astro Arena
Astro Arena
20/06/2024
22:40 MYT
EURO 2024: Denmark pastikan peluang ke pusingan kalah mati terus terbuka
Denmark berada di tempat kedua Kumpulan C dengan dua mata selepas seri dalam dua perlawanan terakhir. - Foto AP
JARINGAN Morten Hjulmand memastikan cabaran Denmark untuk melangkah ke pusingan kalah mati dalam Kumpulan C terus terbuka selepas mengikat England 1-1 di Frankfurt Arena, tengah malam tadi.
Harry Kane terlebih awal membuka akaun jaringan dalam saingan EURO 2024 selepas menolak masuk bola ke dalam gawang untuk memberikan England kelebihan 1-0 mendahului Denmark dalam awal permainan.
Begitupun, jaringan dari luar kotak Morten Hjulmand pada minit ke-34 memastikan cabaran Denmark terus terbuka untuk melangkah ke pusingan kalah mati.
Separuh masa kedua pula bersambung dengan sepakan merbahaya Phil Foden yang hampir menggandakan jaringan buat England pada minit ke-54 tetapi sekadar menerjah palang gol.
Pertahanan England yang berdisiplin dalam mematahkan serangan yang diatur menyukarkan Denmark untuk mengatur langkah memecahkan benteng pertahanan skuad The Three Lions tetapi lebih agresif membuat sepakan daripada luar kotak penalti.
Group C rivals draw in Frankfurt.#EURO2024 | #DENENG pic.twitter.com/q56MUMMHxc
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 20, 2024
Suad kendalian Gareth Southgate terpaksa berpuas hati apabila melakar keputusan seri dan masih mengungguli kedudukan pertama Kumpulan C dengan empat mata sementara Denmark di tempat kedua dengan dua mata selepas seri dalam dua perlawanan terakhir.
Second-half England heroes? #EURO2024 | #DENENG pic.twitter.com/RU6uui2MFQ
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 20, 2024
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Denmark
#Euro 2024
#England
#pusingan kalah mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan