awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
PM Ireland gesa EU kenakan sekatan terhadap peneroka haram Israel, menteri sayap kanan
SUKAN
Cristiano Ronaldo bakal tandatangani kontrak baharu 2 tahun bersama Al Nassr
MALAYSIA
Kajian MaCoS jadi input penting rangka negara bebas rasuah - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

EURO 2024: England muncul juara kumpulan di sebalik aksi hambar

Astro Arena
Astro Arena
26/06/2024
01:10 MYT
Sponsor Banner
EURO 2024: England muncul juara kumpulan di sebalik aksi hambar
England menamatkan saingan pusingan awal Euro 2024 selaku juara Kumpulan C tetapi sekali lagi mempamerkan aksi hambar ketika terikat tanpa jaringan dengan Slovenia di Cologne awal pagi tadi.
ENGLAND 0 SLOVENIA 0
England menamatkan saingan pusingan awal Euro 2024 selaku juara Kumpulan C tetapi sekali lagi mempamerkan aksi hambar ketika terikat tanpa jaringan dengan Slovenia di Cologne awal pagi tadi.
The Three Lions sekali lagi mempamerkan aksi tumpul di depan gawang, di mana jaringan Bukayo Saka yang dibatalkan dalam babak pertama menjadi satu-satunya momen berkualiti daripada pasukan bimbingan Gareth Southgate itu.
Kemasukan Cole Palmer memberi suntikan baru buat jentera serangan England tetapi masih gagal menemui jaringan kemenangan, sekali gus menyaksikan mereka menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan hanya lima mata daripada tiga perlawanan.
Walaupun seri, England melangkah ke pusingan 16 selaku juara kumpulan selepas Denmark dan Serbia juga seri tanpa jaringan dalam satu lagi perlawanan, yang bermakna mereka mengelakkan diri daripada bertemu tuan rumah, Jerman, dalam pusingan seterusnya.
Denmark akan bertemu Jerman hujung minggu ini manakala Slovenia pula layak ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam sejarah mereka selepas muncul antara empat pasukan di tempat ketiga terbaik. - Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#England
#juara kumpulan C
#The Three Lions
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami