awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Gol lewat Tosun bawa Turkiye ke pusingan 16 atasi Czechia

Astro Arena
Astro Arena
27/06/2024
04:30 MYT
EURO 2024: Gol lewat Tosun bawa Turkiye ke pusingan 16 atasi Czechia
GOL lewat permainan Cenk Tosun memastikan Turkiye akan bertemu Austria dalam pusingan 16 EURO 2024.- Stadium Astro
GOL lewat permainan Cenk Tosun memastikan Turkiye akan bertemu Austria dalam pusingan 16 EURO 2024 selepas menamatkan aksi Kumpulan F selaku naib juara dengan kemenangan 2-1 ke atas Czechia di Hamburg awal pagi tadi.
Gol pertama Hakan Calhanoglu dalam kejohanan utama memberikan pasukan bimbingan Vincenzo Montella itu gol pendahuluan pada minit ke-51 selepas Czechia terpaksa beraksi dengan 10 pemain gara-gara Antonin Barak dilayangkan kad merah seawal minit ke-20.
Bagaimanapun, Tomas Soucek hanya memerlukan lima minit untuk Czechia mengikat kedudukan dalam misi wajib menang buat mereka.
Namun, pemain gantian, Tosun, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-94 untuk memastikan Turkiye melangkah ke pusingan kalah mati selaku naib juara kumpulan di belakang Portugal.
Czechia, dalam pada itu, tersingkir selepas menduduki tempat tecorot kumpulan itu manakala Georgia layak selaku antara empat pasukan di tangga ketiga terbaik dengan mengejutkan Portugal 2-0 dalam satu lagi perlawanan.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Turkiye
#pusingan 16
#Czechia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan