awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kerajaan perluas fungsi NSRC, tubuh rangkaian respons 24 jam tangani jenayah siber - PM
MALAYSIA
Ibu bapa digalakkan libatkan anak dalam sukan catur - Dr Wan Azizah
MALAYSIA
8,466 usahawan India terima manfaat program KUSKOP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

EURO 2024: Kylian Mbappe ledak gol sulung Kejuaraan Eropah, Perancis muncul naib juara kumpulan

Astro Arena
Astro Arena
25/06/2024
23:10 MYT
Sponsor Banner
EURO 2024: Kylian Mbappe ledak gol sulung Kejuaraan Eropah, Perancis muncul naib juara kumpulan
Ini merupakan kemunculan kali pertama Mbappe sejak mengalami kecederaan patah hidung dalam aksi sulung bertemu Austria.
KYLIAN Mbappe akhirnya berjaya menjaringkan gol dalam saingan Euro 2024 ketika membantu Perancis mengikat Poland 1-1 dalam aksi di Signal Iduna Park, awal pagi tadi.
Pasukan pilihan kejohanan, Perancis turun dalam terakhir peringkat kumpulan menyedari keputusan seri sudah memadai buat mereka untuk lolos ke peringkat kalah mati.
Kehadiran Mbappe dalam kesebelasan utama menggamit suasana di stadium apabila barisan penyokong Les Bleus ternyata gembira dengan kelibat bintang mereka itu bakal turun beraksi buat pertama kali sejak mengalami kecederaan patah hidung dalam aksi sulung bertemu Austria.
Perancis mendominasi separuh masa pertama dengan menghasilkan peluang demi peluang ketika berdepan Poland dalam landasan untuk menamatkan saingan Kumpulan D di tempat pertama selepas perlawanan seri tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.
Poland turut menonjolkan kualiti permainan, dengan Piotr Zieliński menguji kemampuan penjaga gol, Mike Maignan, namun kredit harus diberikan kepada penjaga gol Poland yang menafikan deretan peluang Perancis sepanjang 45 minit pertama.
Bersambung dalam separuh masa kedua, Perancis dihadiahkan sepakan penalti apabila Ousmane Dembele dijatuhkan Jakub Kiwior, dan Mbappe menggunakan peluang tersebut untuk meledak gol pertama peribadinya di pentas Kejohanan Eropah.
Sepanjang beraksi di pentas kejohanan utama, Poland tidak pernah menamatkan saingan tanpa sebarang mata, dan menyedari mereka sudah tidak lagi berpotensi untuk beraksi di peringkat kalah mati, mereka berusaha dalam memastikan memperoleh penamat yang positif.
Kegagalan Dayot Upamecano untuk mengawal keadaan dalam kotak penalti memaksa dirinya untuk melakukan kekasaran terhadap Karol Świderski dan pengadil perlawanan mengesahkan menerusi VAR sebelum menghadiahkan penalti.
Selepas dinafikan pada percubaan pertama, Robert Lewandowski diberikan peluang sekali lagi untuk menyempurnakan jaringan sekaligus mengikat kedudukan 1-1.
Keputusan seri itu menyaksikan Perancis terlepas tempat pertama apabila Austria melakar kejutan muncul juara kumpulan apabila mengatasi Belanda 3-2 di Berlin. - Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Kylian Mbappe
#les bleus
#Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami