awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024 penampilan terakhir Cristiano Ronaldo di pentas Eropah

Astro Arena
Astro Arena
03/07/2024
01:00 MYT
EURO 2024 penampilan terakhir Cristiano Ronaldo di pentas Eropah
Ronaldo telah mengisytiharkan EURO 2024 sebagai Kejohanan Eropah terakhirnya, selepas Portugal mengatasi Slovenia untuk mara ke suku akhir. - Stadium Astro/Agensi
CRISTIANO Ronaldo telah mengisytiharkan EURO 2024 sebagai Kejohanan Eropah terakhirnya, selepas Portugal mengatasi Slovenia untuk mara ke suku akhir.
Ronaldo terlepas peluang demi peluang ketika Slovenia bertahan dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pusingan 16 semalam yang menyaksikan permainan sepakan penaltinya dalam masa tambahan ditepis penjaga gol, Jan Oblak.
Pemilik lima Ballon d'Or itu dilihat menangis ketika rehat masa tambahan sebelum mendedahkan betapa dia berasa amat kecewa pada ketika itu.
Bagaimanapun, dia bangkit untuk menyempurnakan tugasnya sebagai penyepak pertama dalam penentuan sepakan pertama, manakala penjaga gol negaranya, Diogo Costa, menyelamatkan ketiga-tiga usaha Slovenia untuk skuad Selecao menempah pertemuan suku akhir dengan Perancis.
Ronaldo beraksi dalam kejohanan utamanya yang ke-11 dan ini kali pertama dia gagal menjaringkan sebarang gol di peringkat kumpulan.
Dia masih belum menemui sentuhan penyudah dalam 20 percubaan sepanjang kempen di Jerman ini yang merupakan kedua tertinggi dalam EURO 2024.
Hanya pemain Jerman, Kai Havertz, yang menyumbat dua sepakan penalti mengatasi pencapaian itu.
Lantas ramai yang mula mempersoalkan sama ada ini akan menjadi peluang terakhir Ronaldo, 39, untuk menambah koleksi kejuaraan antarabangsanya.
Ronaldo telah memuktamadkan bahawa dia tidak akan beraksi lagi dalam EURO 2028 dengan memberitahu RTP: "Tanpa syak lagi ini adalah EURO terakhir bagi saya, sudah tentu."
Matthijs de Ligt has given green light to Manchester United move after direct contacts with his camp. Personal terms are not an issue as his agent Pimenta is only negotiating with Man United, priority for the player. Up to Man Utd and Bayern, in talks over deal structure. pic.twitter.com/NkAOh6TpW4
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 2, 2024
Ronaldo menolak cadangan air matanya dalam masa tambahan adalah disebabkan dia menyedari bahawa dia menghampiri penghujung kariernya dengan berkata: "Saya tidak beremosi tentang itu.
“Saya terharu dengan segala-galanya yang melibatkan bola sepak, dengan semangat yang saya ada untuk permainan, semangat yang saya lihat dalam peminat, dengan keluarga saya berada di sini, keterujaan orang ramai.
"Ia bukan tentang meninggalkan dunia bola sepak. Apa lagi yang perlu saya lakukan selain berjuang untuk kemenangan?" - Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Cristiano Ronaldo
#penampilan terakhir Ronaldo
#EURO terakhir Ronaldo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan