awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Perjuangan Cristiano Ronaldo berakhir, Perancis hantar Portugal awal ke lapangan terbang

Astro Arena
Astro Arena
05/07/2024
22:20 MYT
EURO 2024: Perjuangan Cristiano Ronaldo berakhir, Perancis hantar Portugal awal ke lapangan terbang
Pemain pasukan Peranics meraikan kemenangan ke atas pasukan Portugal dalam perlawanan suku akhir EURO 2024 di Hamburg, Jerman. - Foto AP
PORTUGAL 0 (3) PERANCIS 0 (5)
Pertembungan semula ibarat final EURO 2016 itu menyajikan perlawanan dramatik di antara Portugal dan Perancis dalam pertemuan suku akhir EURO 2024 di Stadium Volkspark, sebentar tadi.
Aksi blokbuster dua pasukan gergasi Eropah itu berlangsung rancak dengan kedua-duanya merancanakan perancangan taktikal tersendiri bagi membuktikan siapakah lebih hebat.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan sepanjang 90 minit permainan meskipun kerap kali melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang lawan masing-masing.
Portugal terlebih dahulu mempunyai peluang untuk menamatkan saingan lebih awal namun, ketumpulan barisan depan memberi ruang buat Perancis untuk kerap mengatur percubaan berbahaya.
Perlawanan tersebut terpaksa ke penentuan sepakan penalti selepas dua pasukan terbaik dunia itu gagal menghasilkan sebarang jaringan.
Pemain pinjaman Barcelona, Joao Felix, gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila terkena tiang gol menyelamatkan Mike Maignan daripada dibolosi sekali gus menghantar Portugal ke penyingkiran.
Dengan kemenangan itu, skuad kendalian Didier Deschamps akan meneruskan kemaraan berjumpa juara Euro 2012, Sepanyol dalam perebutan separuh akhir, minggu depan. - Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Portugal
#Perancis
#suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan