awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Sepanyol sedia bayar denda turunkan Lamine Yamal

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2024
06:15 MYT
EURO 2024: Sepanyol sedia bayar denda turunkan Lamine Yamal
Yamal yang berusia 16 tahun menjadi bualan peminat bola sepak menerusi gol menakjubkan ketika menentang Perancis lalu. - Gambar/ Reuters
SEPANYOL mungkin berdepan risiko melanggar undang-undang Jerman jika menurunkan ayam tambatan, Lamine Yamal dalam kesebelasan utama pada final Euro 2024 menentang England pada Isnin.
Yamal yang berusia 16 tahun menjadi bualan peminat bola sepak menerusi gol menakjubkan ketika menentang Perancis lalu.
Undang-undang di Jerman tidak membenarkan mereka di bawah 18 tahun bekerja selepas jam 8 malam waktu tempatan.
Namun dilaporkan terdapat pengecualian untuk atlet seperti dimaklumkan oleh Lukas Feww dari Kesatuan Jerman Verdi.
"Sebenarnya ada pengecualian untuk individu berusia 16 dan 17 tahun, tetapi secara teori mereka tidak dibenarkan bekerja selepas jam 11 malam," katanya.
Persatuan Bola Sepak Sepanyol dikatakan sudah dimaklumkan sebelum kejohanan bahawa mereka boleh dikenakan denda 30,000 euro (RM152,872) jika mereka melanggar undang-undang itu.
Situasi itu bagaimanapun bukan berbahaya buat Yamal yang akan berusia 17 tahun pada Ahad ini kerana sudah bermain beberapa perlawanan sebelum ini pada jam 9 malam.
Jurulatih Sepanyol. De la Fuente membuka mulut mengenai spekulasi tersebut bahawa mungkin Yamal akan keluar dari stadium sebelum jam 11 malam.
“Kami semua bertanggungjawab terhadap kesejahteraannya.
"Kami akan melakukan tugas kami dan memberikan peluang dia bermain. Tidak lebih daripada itu,” ujar Fuente.
Seorang peguam, Jonas Warnken pula mempunyai pandangannya sendiri.
"Yamal hanya boleh bermain sehingga jam 11 malam. Denda untuk pelanggaran undang-undang itu boleh dikenakan, namun ia mungkin tidak akan dikuatkuasakan," katanya. - Sinar Harian
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#sepanyol
#Lamine Yamal
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan