awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: VAR penghalang Belanda tempah slot awal pasukan 16 terbaik

Astro Arena
Astro Arena
22/06/2024
02:20 MYT
EURO 2024: VAR penghalang Belanda tempah slot awal pasukan 16 terbaik
Jaringan gol Xavi Simons (kanan) dari Belanda yang kemudian dinafikan semasa perlawanan menentang Perancis di Leipzig, Jerman. - Foto AP
BELANDA 0-0 PERANCIS
Belanda terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata bersama Perancis dalam aksi kedua Kumpulan D selepas terikat 1-1 berdepan cabaran Belanda di Arena Red Bull, pagi tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan Perancis dan Belanda terikat tanpa jaringan walaupun Perancis mendominasi perlawanan sepenuhnya dengan beberapa percubaan merbahaya menguji penjaga gawang Belanda, Bart Verbruggen.
Dalam separuh masa kedua, peluang terbaik Perancis hadir pada minit ke-64 melalui Antoine Griezman tetapi bintang Atletico Madrid itu tidak berjaya menyempurnakan peluang terbuka itu dalam kotak penalti.
Kemasukan penjaring terbanyak Perancis, Olivier Giroud, bagi memperkuatkan jentera serangan turut tidak membuahkan hasil dan memberikan kelebihan buat Anak buah Didier Deschamps.
Keadaan menjadi hangat selepas Xavi Simons berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-70 buat Belanda, tetapi apabila pengadil perlawanan menyemak Video Bantuan Pengadil (VAR) pengadil mendakwa Denzel Dumfries berada dalam posisi ofsaid dan menafikan jaringan itu.
Sekurang-kurangnya 15 percubaan yang berjaya dihasilkan oleh Perancis tidak berjaya disudahkan untuk membawa Perancis melangkah ke pusingan kalah mati.
Dengan sekadar meraih keputusan seri, Perancis dan Belanda berkongsi empat mata dalam saingan Kumpulan D selepas dua perlawanan. Manakala, Austria berada di kedudukan ketiga dengan tiga mata dan berpeluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Untuk rekod, perlawanan Belanda menetang Perancis merupakan aksi pertama di EURO tanpa sebarang jaringan terhasil sejak kali terakhir ketika England menentang Scotland di peringkat kumpulan dalam saingan EURO 2020. - Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Perancis
#Belanda
#pusingan kalah mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan