awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Virgil van Dijk label sikap Belanda nyaris makan diri

Astro Arena
Astro Arena
29/06/2024
03:00 MYT
EURO 2024: Virgil van Dijk label sikap Belanda nyaris makan diri
Aksi Virgil van Dijk ketika perlawanan EURO 2024 Kumpulan D antara Belanda dan Austria di Berlin, Jerman, 25 Jun 2024. - Gambar fail AP
VIRGIL van Dijk percaya Belanda mungkin terlalu memandangkan tinggi kualiti sendiri ketika mengharungi EURO 2024 selepas bernasib baik melolosi Kumpulan D di tempat ketiga di belakang Austria dan Perancis.
Kekalahan 2-3 kepada Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan menyaksikan skuad Oranje kendalian Ronald Koeman itu melepaskan peluang untuk mengungguli kumpulan sukar berkenaan, sebaliknya menamatkan sebagai salah satu pasukan terbaik di tempat ketiga kejohanan tersebut.
Keputusan itu akhirnya membawa tuah buat mereka setelah berjaya mengelak Jerman, Sepanyol, Portugal, Perancis dan Belgium dalam pusingan 16 apabila bakal berhitung dengan Romania, tengah malam Rabu depan.
Persembahan mereka dikritik hebat oleh media tempatan, lantas Van Dijk mengakui jangkaan skuad itu sendiri mungkin terlalu tinggi.
"Mungkin kami terlalu melebihkan diri sendiri," kata pertahanan itu kepada pemberita.
“Banyak yang perlu diperkatakan dan kami perlu menganalisis banyak perkara.
"Kami tersilap langkah ketika menentang Austria. Ia sangat teruk. Kami telah berbincang mengenai banyak aspek, kini kami perlu membuktikannya.
"Ia bukan kesilapan taktik. Dengan keinginan untuk menang, kami perlu memenangi bola kedua.
"Kami tidak perlu berbincang dengan jurulatih tentang hal itu kerana pemain perlu saling bekerjasama.
"Jadi, kami telah bercakap mengenai aspek ini menerusi kata-kata yang keras."
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Belanda
#Virgil Van Dijk
#austria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan