ALOR SETAR: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Hayati Othman disahkan positif COVID-19 selepas terlibat dalam misi bantuan di kawasan yang terjejas susulan kejadian kepala air di kaki Gunung Jerai, Yan beberapa hari lalu.
Menurut Dr Hayati, beliau mula menunjukkan gejala seperti demam dan batuk pada Ahad sebelum melakukan ujian saringan semalam (Rabu).
"Saya tak tahu juga (sama ada berjangkit dari kawasan Yan), (yang pasti) selepas balik dari Yan (saya mula) batuk (dan) demam sejak hari Ahad, saya pergi (program bantuan) hari Sabtu,
"Pergi hari Sabtu balik (dari program) itu, hari Ahad baru mula demam, swab (saya) buat hari Rabu, sebelum mesyuarat Exco buat swab, selepas itu kena pakai gelang, (dan) pagi tadi pihak kesihatan telefon maklumkan saya positif," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Khamis.
Tambah beliau, ketika menyertai misi bantuan di Yan itu, beliau bersama anggota lain sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan baik seperti pemakaian pelitup muka sepanjang masa selain makan di tempat yang berasingan.
Dr Hayati turut memaklumkan, beliau kini berada pada kategori dua dan akan menjalani kuarantin di rumah serta akan hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) untuk tindakan lanjut.
Menurut beliau, tahap kesihatannya ketika ini juga semakin baik, dengan tahap oksigen turut berada pada paras antara 96 dan 97 peratus.
“Sekarang (saya) sedang jalani kuarantin di rumah, saya (dimaklumkan berada pada) kategori dua (dan akan jalani) kuarantin (selama) 10 hari," sambung beliau lagi.
Sehubungan itu, Dr Hayati turut menasihatkan semua pihak yang berada di lokasi kejadian terutama pasukan yang menjalankan misi bantuan agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Abd Hadi Che Awang
Thu Aug 26 2021
Datuk Dr Hayati Othman disahkan positif COVID-19 selepas terlibat dalam misi bantuan di kawasan yang terjejas susulan kejadian kepala air di kaki Gunung Jerai, Yan beberapa hari lalu. - Gambar Facebook Dr Hayati Othman
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Kedah rekod 1,556 kematian akibat COVID-19 sejak Januari 2021
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu, sebanyak 1,556 kematian akibat COVID-19 dicatatkan di negeri itu dalam tempoh Januari hingga 5 Sept lepas.
Exco Kesihatan Kedah positif COVID-19
Datuk Dr Hayati Othman disahkan positif COVID-19 selepas terlibat dalam misi bantuan di kaki Gunung Jerai, Yan beberapa hari lalu.
Maklumat tidak benar di laman sosial punca penolakan vaksin
Kewujudan terlalu banyak maklumat yang menakutkan dan belum disahkan berkaitan bahaya suntikan vaksin menjadi satu daripada punca ada ibu bapa yang menolak memberikan suntikan itu.