Facebook dan Instagram masing-masing telah memperkenalkan ciri-ciri baharu untuk membantu orang ramai mengirim kad-kad hadiah daripada perniagaan tempatan di platform itu dan membelinya menerusi tapak web pihak ketiga yang dipilih.
Untuk tujuan ini, Facebook sedang menguji satu ciri di mana orang ramai dapat mengakses kad hadiah daripada peniaga yang menyertai di bandar mereka melalui promosi 'Support Local Business' (Sokong Perniagaan Tempatan) di halamannya.
Kad-kad hadiah itu dijayakan menerusi rakan niaga Facebook, Fave dan StoreHub, yang akan berkongsi nilai kad hadiah tersebut tidak termasuk yuran urusniaga mereka dengan peniaga yang mengambil bahagian.
Di Instagram, pemilik perniagaan boleh menambahkan pelekat kad hadiah ke Instagram stories mereka dan juga disediakan butang untuk halaman profil perniagaan mereka.
Setiap kali seseorang melihat Instagram stories dengan pelekat ini atau pergi ke halaman profil perniagaan, mereka melakukan pembelian di laman web platform yang dipilih.
Pengurus Negara Facebook bagi Malaysia, Nicole Tan berkata ciri-ciri baharu itu diperkenalkan untuk menyokong perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.
"Kami telah mendengar apa yang diperlukan oleh pemilik perniagaan dan kami ingin turut serta dalam membantu mereka mengatasi krisis ini dan terus berhubung dengan pelanggan mereka.
"Dengan kad hadiah dan baucar diskaun ini, kami berharap dapat menyediakan cara bagi orang ramai untuk berkongsi dan menyokong perniagaan tempatan mereka dengan mudah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 12 2020

Ciri-ciri baharu Facebook dan Instagram diperkenalkan untuk menyokong perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Niaga AWANI: Tidak ada sebut tentang PKP penuh - Eurocham
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

Realiti Rakyat | Pemulihan: Pusat Pemulihan Krisis COVID-19 PKS
Truecapital Asia Sdn Bhd, sebuah syarikat penyelesaian aliran tunai terkemuka, telah melancarkan Pusat Pemulihan Krisis COVID-19 untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), sebuah hab sehenti bagi membantu perniagaan yang terjejas akibat pandemik. Pusat itu terdiri daripada tiga bidang yang merangkumi tenderniaga.com, juangtv.com termasuk kerjasama strategik dengan kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat Pemulihan Krisis COVID-19 dan bagaimana ia dapat membantu PKS di era pandemik ini kita bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Truecapital, Syed Zed Syed Mustafa.

Setahun COVID-19: Pengajaran dan survival
Pandemik paling buruk dalam dunia ini telah membawa kepada kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat dan kebersihan sepanjang masa.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927864521611533734917/1887083_18649241241611533835648_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad.

Vaksin COVID-19: Lewat hantar vaksin, Itali ambil tindakan
Katanya, ini adalah kontrak Eropah yang tidak dipatuhi oleh Pfizer dan Astrazeneca.

AWANI Ringkas: Biden mahu pelan AS$1.9 trilion dilulus segera | Lewat hantar vaksin, Itali ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Australia lulus vaksin Pfizer, kempen vaksinasi dijangka bermula akhir Februari
Vaksin Pfizer diluluskan penggunaannya untuk warga Australia berusia 16 tahun dan ke atas.

COVID-19: Mesir mulakan program vaksinasi, petugas kesihatan diutamakan
Mesir memulakan kempen vaksinasinya dengan memberikan suntikan vaksin Sinopharm kepada petugas kesihatan di Ismailia.

AWANI Ringkas: Puas hati penjelasan pengurusan darurat, COVID-19 | Ibu pejabat KWSP ditutup bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

COVID-19 | Hospital ditutup susulan penemuan kes varian baharu
Sebuah hospital di Berlin, Jerman kini tidak lagi merawat pesakit baharu kerana menguruskan beberapa kes varian baharu COVID-19. Saringan rutin harian di wad kardiologi di Hospital Vivantes Humboldt mendapati 20 pesakit dijangkiti varian baharu itu.

Facebook, Instagram perkenalkan ciri-ciri baharu untuk sokong perniagaan tempatan
Kad hadiah dan baucar diskaun diharap dapat menyediakan cara bagi orang ramai untuk berkongsi dan menyokong perniagaan tempatan mereka dengan mudah.