KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof telah menghadiri satu sesi taklimat mengenai industri sawit negara dan peranan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di ibu pejabat lembaga itu di sini.
Ketua Pengarah Datuk Ahmad Parveez Ghulan Kadir dan para penyelidik MPOB mengambil peluang memberi penerangan kepada Fadillah mengenai peranan lembaga itu dalam menerajui industri sawit, dan teknologi-teknologi inovasi berasaskan sawit yang dihasilkan oleh MPOB.
Dalam satu kenyataan hari ini, MPOB berkata sesi taklimat itu turut disertai antaranya oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia Wan Aishah Wan Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) Datuk Daud Amatzin.
MPOB ialah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk pembangunan industri sawit di Malaysia dan peranan utamanya adalah untuk menggalakkan dan membangunkan objektif, dasar dan keutamaan negara untuk kesejahteraan industri sawit Malaysia.
Untuk memacu industri ke hadapan, MPOB memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan di sepanjang spektrum nilai industri sawit.
Ia merangkumi strategi serampang tiga mata untuk memaksimumkan sinergi antara pembangunan ekonomi, penjagaan alam sekitar dan penambahan nilai untuk memastikan pertumbuhan masa depan dijalankan dalam rangka kerja yang mampan.
Sehingga kini, MPOB berjaya membangunkan 712 teknologi meliputi semua sektor dalam industri sawit termasuk inovasi dalam pengeluaran makanan dan bukan makanan untuk diterima pakai dan dikomersialkan.
Sebanyak 32.7 peratus daripada teknologi ini telah dikomersialkan dan diterima pakai oleh industri tempatan dan usahawan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Untuk memacu industri ke hadapan, MPOB memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan di sepanjang spektrum nilai industri sawit. - Pixabay
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Zaini Ujang terima Anugerah Tokoh SPAN
Zaini Ujang mendapat pengiktirafan apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Kerajaan Perpaduan bincang peruntukan buat pembangkang pada 17 April - Fadillah
Fadillah berkata hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.
Kerajaan bangunkan indikator khusus ukur tahap keterjaminan makanan - Fadillah
Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.
Jawatankuasa teknikal MA63 bincang isu pendidikan, kesihatan April ini - Fadillah
Fadillah berkata mesyuarat itu susulan perbincangan peringkat pegawai yang selesai diadakan Sarawak bagi mengenal pasti isu kuasa yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri.
Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah
Rakyat Malaysia diseru memanfaatkan platform media sosial dengan berkongsi perkara membawa kebaikan dan bukan kepada isu perkauman.