awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadillah saksi rumah terbakar ketika hadiri majlis

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
23/10/2022
04:10 MYT
Fadillah saksi rumah terbakar ketika hadiri majlis
Fadillah turut membantu menenangkan situasi hingga pihak bomba tiba tidak lama kemudian. - Astro AWANI
KUCHING: Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul JKKK Kampung Masjid di sini menjadi kelam kabut apabila berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Datuk Ajibah Abol di sini pada Ahad.
Rumah tersebut pula terletak berjiran dengan lokasi sambutan menyebabkan semua yang terlibat keluar melihat kejadian.
Turut menyaksikan insiden tersebut ialah mantan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusuf, yang hadir sebagai tetamu kenamaan.
Beliau turut membantu menenangkan situasi hingga pihak bomba tiba tidak lama kemudian.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Hendery Ardimansah ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.13 pagi.
"Dua jentera dengan kekuatan 19 anggota kemudian segera kita atur gerak ke lokasi dari Balai Padungan dan Batu Lintang.
"Kerja-kerja pemadaman masih dilakukan dan siasatan punca kejadian akan dilakukan selepas itu.
Setakat maklumat awal, katanya, rumah berstruktur tidak kekal itu didiami 11 penghuni.
"Namun semua penghuni berjaya menyelamatkan diri," katanya.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusuf
#Hendery Ardimansah
#rumah terbakar
#Jalan Datuk Ajibah Abol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan