awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahami hikmah di sebalik ibadah haji - Ketua Pakar Rujuk TH

Bernama
Bernama
09/06/2024
01:15 MYT
Fahami hikmah di sebalik ibadah haji - Ketua Pakar Rujuk TH
Haji bukan semata-mata mengunjungi Baitullah pada waktu tertentu untuk melakukan ibadah khusus, namun mempunyai maksud yang lebih luas dan perlu difahami serta dihayati oleh semua jemaah.
MEKAH: Haji bukan semata-mata mengunjungi Baitullah pada waktu tertentu untuk melakukan ibadah khusus, namun mempunyai maksud yang lebih luas dan perlu difahami serta dihayati oleh semua jemaah.
Ketua Pakar Rujuk Tabung Haji, Prof Madya Dr Anhar Opir berkata, rukun Islam kelima itu mampu menghasilkan kesan positif dan membentuk akhlak yang lebih baik jika individu memahami maksud di sebalik setiap rukun serta perkara wajib haji.
"Kita ambil salah satu contoh daripada perkara yang perlu dilakukan dalam ibadah haji, iaitu pantang larang ketika berihram, jika kita melanggarnya maka akan dikenakan dam. Namun, ada yang takut nak tunaikan haji atau umrah disebabkan perkata itu.
"Sebenarnya jika dihayati perkara ini, ibadah haji membantu seseorang itu menjadi lebih berakhlak dan berdisplin, kerana ketika berihram seseorang itu tidak boleh memburu binatang, tidak boleh mencabut bulu, tidak boleh pakai pakaian berjahit bagi lelaki dan lain-lain lagi.
"Ini bermakna dalam kehidupan kita seharian, ada sempadan bagi setiap perbuatan yang hendak kita lakukan," katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Tabung Haji, di sini, baru-baru ini.
Selain itu, Anhar yang juga Mufti Selangor berkata, seseorang jemaah perlu bijak merebut seberapa banyak pahala dan fadilat sepanjang berada di Tanah Suci, bukan hanya melakukan ibadah-ibadah khusus tetapi juga amal soleh yang lain seperti membantu orang, bersedekah dan memberi ucapan salam.
Beliau turut mengingatkan setiap jemaah agar menanamkan sifat sabar dalam menghadapi lautan manusia dan ketidakselesaan terutama semasa hari-hari kemuncak haji di Masyair nanti.
"Haji dan kehidupan memerlukan usaha serta kesabaran. Kita kena jaga mulut kita seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT bahawa siapa yang mewajibkan dirinya melakukan ibadah haji dan berihram, maka janganlah sebut perkataan yang lucah, jangan melakukan maksiat, jangan berbantah-bantah, marah orang atau hilang sabar.
"Dengan jumlah tiga juta umat Islam, semua orang berhimpun beribadah di tempat yang sama. Ini sepatutnya membuatkan kita semakin bersemangat berukhuwah dan bersabar dengan orang lain kerana inilah muktamar terbesar umat Islam.
"Kalau kita gagal untuk bertolak ansur, masih mementingkan diri sendiri, maknanya kita gagal untuk menghayati roh ibadah haji itu sendiri," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haji 2024
#rukun islam
#Baitullah
#masyair
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan