awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi bincang lesen media sosial dengan menteri Singapura Josephine Teo

Bernama
Bernama
29/07/2024
08:30 MYT
Fahmi bincang lesen media sosial dengan menteri Singapura Josephine Teo
Fahmi mengadakan mesyuarat dengan Josephine pada Isnin, memfokus kepada pelesenan platform media sosial. - Gambar/ Bernama
SINGAPURA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengadakan rundingan dua hala dengan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura Josephine Teo pada Isnin, memfokus kepada pelesenan platform media sosial.
Perbincangan yang berlangsung selama satu jam di Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) bertujuan memastikan persekitaran internet yang selamat khususnya untuk seisi keluarga dan kanak-kanak.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Sabtu mengumumkan bahawa semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi mulai 1 Ogos sebagai sebahagian daripada rangka kawal selia baharu yang akan diperkenalkan.
Singapura mempunyai rangka kawal selia ke atas platform media sosial di negara itu sejak 2022.
Fahmi diiringi delegasi Malaysia termasuk Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Khairul Nazran Abdul Rahman, serta para pegawai dari MCMC.
Sebelum pertemuan itu, Fahmi dan delegasinya bertemu dengan para pegawai dari MDDI dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), sebuah badan berkanun yang membangun dan mengawal selia sektor infokom dan media di Singapura.
Delegasi itu diberi taklimat mengenai Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) Singapura, Akta Jenayah Dalam Talian (OCHA) serta pengendalian krisis dan kecemasan seperti penyebaran maklumat palsu berkaitan keselamatan awam atau ancaman kesihatan.
Semasa lawatan kerja itu, Fahmi juga dijadual bertemu pengendali platform media sosial bagi menangani isu berkaitan kandungan dalam talian termasuk penipuan, buli siber dan pornografi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#kawalan media
#lesen media sosial
#Menteri Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan