MALAYSIA
Fahmi cadang syarat kelayakan STR diteliti semula

Fahmi beramah mesra dengan penghidap penyakit kencing manis, Yusnizam Mohammed Yusop, 42, pada program Ziarah Kasih Komuniti MADANI di Kubang Semang, di sini hari ini. - Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteliti semula, agar penerima yang menikmati kenaikan gaji, masih layak menerima bantuan itu.
Ringkasan AI
- Fahmi Fadzil cadang semak semula syarat STR supaya penerima yang mendapat kenaikan gaji masih layak menerima bantuan.
- Beliau tekankan sokongan berterusan kerajaan diperlukan walaupun pendapatan penerima meningkat.
- Cadangan akan dibawa kepada Kementerian Kewangan, susulan lawatan Fahmi dalam program Ziarah Kasih Komuniti MADANI di Kubang Semang.
"... mungkin saya nak cadangkan kepada Kementerian Kewangan untuk menilai perkara ini memandangkan kita menyaksikan ada kenaikan gaji," katanya kepada pemberita selepas menziarahi beberapa keluarga menerusi program Ziarah Kasih Komuniti MADANI di Kubang Semang, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Julina Johan.
Terdahulu, Fahmi menziarahi remaja Orang Kurang Upaya (OKU), Arnisya Roslan, 14, serta Yusnizam Mohammed Yusop, 42, yang menghidap penyakit kencing manis, menerusi program Ziarah Kasih Komuniti MADANI, iaitu inisiatif kerajaan bagi menyantuni golongan memerlukan dan memahami permasalahan yang dihadapi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami