awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi hubungi suami Siti Nor Hafiza untuk dapatkan perkembangan terkini urusan jenazah

Bernama
Bernama
29/12/2023
13:07 MYT
Fahmi hubungi suami Siti Nor Hafiza untuk dapatkan perkembangan terkini urusan jenazah
Fahmi berkata Mohd Roshdi memaklumkan bahawa beliau sedang menunggu panggilan daripada pihak hospital sebelum dibenarkan mendaftar kematian isterinya. - Gambar FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan beliau telah berhubung dengan Mohd Roshdi Ramli, suami Allahyarhamah Siti Nor Hafiza Kamarudin, bagi mendapatkan perkembangan terkini urusan jenazah wartawan hiburan itu.
Fahmi berkata Mohd Roshdi memaklumkan bahawa beliau sedang menunggu panggilan daripada pihak hospital sebelum dibenarkan mendaftar kematian isterinya.
"Sementara menunggu, insya-Allah saya cuba membantu urusan (Mohd) Roshdi dan dua anaknya. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom juga sedang membantu urusan yang berkenaan.
"Kita sama-sama doakan supaya segala urusan ini dipermudah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Siti Nor Hafiza, 40, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Charing Cross, London pada 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) semalam.
Beliau menerima rawatan di hospital itu selepas dilapor tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada 27 Dis lepas untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.
Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London serta berlepas ke sana bersama Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#urusan jenazah
#Facebook
#menunggu panggilan
#cahaya mata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan