awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
Raja Muda Perlis bertemu Imam Masjid Nabawi di Madinah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi minta SPRM pantau pegawai KKD, elak berlaku penyelewengan

Bernama
Bernama
16/05/2023
04:21 MYT
Fahmi minta SPRM pantau pegawai KKD, elak berlaku penyelewengan
FAHMI: Saya meminta SPRM (buat) semakan ke atas semua pegawai saya untuk pastikan tidak berlaku kecurangan. Sekiranya ada yang diambil tindakan (oleh SPRM), kita juga akan ambil tindakan. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat semakan dan pemantauan berterusan ke atas semua pegawai di pejabat beliau dalam usaha mengelak berlaku sebarang penyelewengan.
Menyatakan keterbukaan itu, Fahmi berkata badan penguat kuasa khususnya SPRM bebas bertindak dalam melaksanakan tugas.
"Saya meminta SPRM (buat) semakan ke atas semua pegawai saya untuk pastikan tidak berlaku kecurangan.
"Sekiranya ada yang diambil tindakan (oleh SPRM), kita juga akan ambil tindakan.
"Setakat ini tiada siasatan dan tidak berlaku apa-apa perkara tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tahun 2022 di sini hari ini.
Sebelum ini, saluran Telegram Edisi Siasat mendakwa Fahmi dan Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad telah memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah.
Pada Sabtu lepas (13 Mei), Fahmi dan Nik Nazmi menafikan dakwaan pegawai mereka sedang disiasat SPRM selain menyifatkan dakwaan itu adalah palsu dan fitnah yang jahat terhadap kedua-dua kementerian itu.
Mengenai dakwaan itu, Fahmi berkata tohmahan bersifat jahat itu sememangnya mencalar imej beliau serta pejabat menteri dan fitnah sedemikian perlu ditangkis dengan pihak yang memfitnah diheret ke muka pengadilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#SPRM
#Nik Nazmi
#elak penyelewengan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan