awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim pintas 27 PATI cuba masuk Malaysia naik kapal nelayan, tekong terjun laut
85,000 warga Bangladesh di Malaysia bakal undi pos
Pelajar tingkatan tiga maut kemalangan hari pertama persekolahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Dharma Harun

Bernama
Bernama
25/11/2025
21:30 MYT
Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Dharma Harun
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Dharma Harun dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman, kata Fahmi menerusi hantaran di media sosial. - Foto Facebook Fahmi
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga pelakon veteran Dharma Harun Al Rashid, yang meninggal dunia malam tadi.
Fahmi berkata beliau mengingati Allahyarham sebagai seorang yang berkeperibadian lembut, bersahaja serta dihormati ramai.
"Saya berdukacita menerima perkhabaran bahawa seniman Dharma Harun Al Rashid telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
"Pertemuan saya dengan Allahyarham pada majlis penyampaian sumbangan raya kepada artis veteran di IPPTAR (Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak) awal tahun ini masih segar dalam ingatan.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau turut mendoakan seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang tersayang.
Terdahulu, berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh anak keduanya Muhammad Al Syafiq, 36, menerusi satu hantaran di Instagram.
Pada 2019, Allahyarham pernah diserang angin ahmar yang menjejaskan pertuturan, dan kesan strok serta penyakit lain turut menurunkan daya ingatannya sehingga beliau tidak lagi mampu bekerja.
Pada Februari 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Politik beliau Datuk Ahmad Farhan Fauzi, menyampaikan sumbangan kepada pelakon popular era 1980-an itu untuk membantu urusan hariannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Dharma Harun Al Rashid
#pelakon
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan