awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faktor sekeliling punca remaja lari dari rumah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
17/11/2017
07:49 MYT
Faktor sekeliling punca remaja lari dari rumah
Pengaruh masyarakat sekeliling serta kurangnya sokongan keluarga antara punca remaja cenderung untuk lari dari rumah. - BERNAMA
Pengaruh masyarakat sekeliling serta kurangnya sokongan keluarga antara punca remaja cenderung untuk lari dari rumah.
Selain keluarga, masyarakat di kawasan kejiranan disarankan untuk memainkan peranan proaktif dalam menyokong remaja membentuk jati diri yang kuat dan tidak mudah terpengaruh.
Masyarakat juga boleh menyumbang dalam pembentukan sahsiah kanak-kanak menerusi aspek fizikal, kognitif dan sosial emosi sejak dari kecil.
Menurut Pensyarah Kanan Psikologi Perkembangan Kanak-kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM, Dr Nazariah Shar'ie Janon, ia tidak adil hanya menunding jari kepada ibu bapa apabila remaja bertindak untuk lari dari rumah.
“Tiga aspek ini saling berkaitan.
“Kalau kita tertinggal satu aspek, maksudnya the pembangunan optimum sukar dicapai.
“Masyarakat di kawasa kejiranan, rakan dan sekolah perlu memainkan peranan dalam membantu mereka.
“Jika satu ejen dalam mikrosistem ini tidak berfungsi, sebagai contoh, kawasan kejiranan berkenaan tidak berfungsi, pasti ada kesannya terhadap remaja kita,” terang beliau.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat sebelum ini mendedahkan untuk tempoh tiga tahun sehingga 2016, 4,188 kes remaja lari dari rumah berpunca daripada keinginan mencari kebebasan.
Sepanjang tempoh itu remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun menyumbang kes tertinggi dengan membabitkan 3,959 orang.
Topic Berkaitan
#Datuk Masir Kujat
#Dr Nazariah Shar'ie Janon
#faktor
#Kanak-kanak
#lari
#Malaysia
#Pensyarah Kanan
#Psikologi Perkembangan Kanak-kanak Universiti Islam Antarabangsa
#punca
#remaja
#rumah
#sekeliling
#Timbalan Menteri Dalam Negeri
#UIAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan