Catatan terbaharu di blog Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengeluarkan ungkapan kesat kepada UMNO membuktikan beliau menulis lebih menggunakan emosi daripada profesionalisme seorang bekas Menteri Penerangan.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifa berkata, hujah Zainuddin juga jelas tidak menunjukkan kefahamannya mengenai institusi UMNO.
"Jika Zainuddin terlupa atau terlepas pandangan kerana faktor umur izinkan saya selaku pemimpin muda untuk mengingatkannya. Inikah cara penulisan bekas Menteri Penerangan merangkap bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia?
"UMNO merupakan sebuah institusi politik yang mengamalkan demokrasi dalam menentukan kepimpinan. Pemilihan dan pertukaran Presiden UMNO harus dibuat mengikut proses demokrasi dan bukannya mengikut kehendak atau telunjuk," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Jelas Armand, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberi mandat menerajui parti secara demokratik dalam Pemilihan Agung UMNO 2013 yang melibatkan kira-kira 146,000 anggota di peringkat bahagian berbanding hanya lebih 2,000 perwakilan sebelum ini.
"Hak untuk menukar Presiden UMNO harus diberikan kepada majoriti anggota UMNO. Datuk Seri Najib sebagai presiden begitu terbuka untuk memberikan kepuasan kepada ahli parti untuk memilih pemimpin, jadi jangan disebut yang mengatakan presiden mengongkong ahli parti.
"Jadi Zainuddin seharusnya tahu konsep demokrasi di dalam UMNO. Biarlah akar umbi UMNO yang menentukan hala tuju UMNO.
"Jadi ungkapan kesatnya terhadap UMNO ini bagi saya sebagai pemimpin muda dilihat lebih pada emosi dan meraih populariti supaya dia tidak dilupai dalam arena politik nasional.
"Saya yakin UMNO akan terus ke hadapan dengan pemikiran kemenangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," jelasnya.
Tambahnya, pihak lawan sedia tahu kekuatan UMNO adalah jentera akar umbi di seluruh negara yang sentiasa bersiap siaga untuk berkhidmat.
"Satu lagi kekuatan UMNO berbanding pihak lawan secara konsisten adalah politik khidmat bakti yang berterusan di akar umbi, ini merupakan ketakutan pada pihak lawan UMNO.
"Bagi saya UMNO akan terus ke hadapan dan akan terus perkukuhkan saf dan barisan tanpa ambil peduli penulisan bekas menteri yang bernama Zainuddin Maidin," tegasnya.
Zainuddin memuat naik satu catatan di blognya, www.zamkata.blogspot.my pada Ahad menyatakan parti orang Melayu ini sudah 'lesu' dan 'tidak bermaya'.
Astro Awani
Mon Feb 13 2017
ARMAND: Catatan di blog Zainuddin yang mengeluarkan ungkapan kesat kepada UMNO membuktikannya menulis lebih menggunakan emosi. - Gambar fail
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Faktor umur mungkin buat Zainuddin Maidin terlupa demokrasi UMNO - Armand
Catatan di blog Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengeluarkan ungkapan kesat kepada UMNO membuktikannya menulis lebih menggunakan emosi daripada profesionalisme seorang bekas Menteri Penerangan.