awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
12/12/2024
13:04 MYT
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Anwar menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu dangkal ilmu kerana cuba mengulas isu titah adendum itu walaupun tidak mendapat maklumat tepat. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan Titah Adendum.
Beliau menyifatkan, pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
“Satu pihak kecam saya kerana bawa agenda, walhal saya hanya menggunakan tanggungjawab supaya adil untuk dipertimbangkan. Itu saya katakan sebab apa, ya salah tetap salah sudah masuk penjara, adalah ihsan atau kemanusiaan kita minta dipertimbangkan
“Kemudian saya jawab begitu, wah dia (pihak tidak bersetuju) kecam, (konon) nak tipu, nak selindung pasal adendum. Ini yang saya katakan berlaku kerana kedangkalan ilmu, kerana maklumat tidak disampaikan kerana budaya kita, kadang-kadang budaya picisan, baca sekerat-sekerat.
“Amalan membaca, mencari kebenaran tidak ada tabayun. Tidak ada bicara soal Melayu, bicara soal Islam akhlak, tidak ada minat untuk mencari kebenaran, jadi ini masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian FlySiswa 2024 di Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Khamis.
Jelas Anwar, walaupun Najib adalah Perdana Menteri kedua yang memasukkannya ke dalam penjara selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, namun beliau bersikap adil kerana setiap banduan ada hak mengemuka rayuan pengampunan.
“Ada yang marah kerana saya bawa kes Datuk Seri Najib untuk dipertimbang dalam Lembaga Pengampunan (Wilayah Persekutuan) yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong (sebelum ini). Saya dibawa masuk penjara kali pertama bawah Mahathir, kali kedua masa Najib, tapi sekarang saya perdana menteri, saya tak boleh berdendam dan hasad dengki.
“Saya kata ‘Ampun Tuanku, selayaknya semua orang berhak memohon apakah mahu dipertimbangkan oleh lembaga atau diperkenan oleh Tuanku’, itu kemudian. Tetapi hak merayu harus ada.
Anwar menyimpulkan dalam ucapannya, semua pihak perlu tahu apabila rayuan Najib tidak disenarai dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan, beliau membawa perkara itu untuk dipertimbangkan Agong.
Topic Berkaitan
#Titah Adendum
#maklumat tepat
#masuk penjara
#bersikap adil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan