PARIT: Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
Beliau berkata acara perasmiannya akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM (Universiti Teknologi Malaysia) dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.
"Ini sebagai permulaan kerana kalau kita mahu jadikan fakulti itu (AI) benar-benar fakulti yang mempunyai kualiti yang baik kita boleh mendapatkan kepakaran-kepakaran yang ada di universiti lain untuk turut bersama menjayakan penubuhan fakulti ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Masuk U (JMU) 2024 di Universiti Teknologi Mara kampus cawangan Seri Iskandar di sini hari ini.
Sebelum ini, Zambry dilaporkan berkata sebagai permulaan, program Ijazah Sarjana Muda AI telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) pada Januari lepas dan pelajar kohort pertama program itu akan memulakan pengajian Oktober ini.
Beliau berkata pembangunan dan kokurikulum AI telah dikenal pasti menepati keperluan industri, melibatkan pakar-pakar bidang AI serta seiring dengan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 yang dirangka oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Sementara itu, Zambry berkata penganjuran JMU 2024 bertujuan mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merangkumi universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta, politeknik, Kolej Komuniti serta penglibatan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Beliau berkata JMU 2024 diadakan di 10 zon antaranya di Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, UiTM cawangan Sabah dan Sarawak serta Universiti Malaysia Perlis bermula hari ini hingga 9 Jun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Zambry berkata, di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga. - Gambar fail
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.
Alumni Masscomm UiTM tidak setuju penggabungan fakulti
Entiti baharu tersebut akan dikenali sebagai Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media.
Tubuhkan sekolah kesenian Sudirman Haji Arshad - Aznil Nawawi
Datuk Aznil Nawawi berkata, kisah kejayaan yang dicapai Allahyarham Sudirman harus juga diketengahkan falsafah akademik dan jangan melihatnya dari aspek hiburan semata-mata.
Pelajar paling berusia di Rusia sambung pengajian peringkat ijazah
Usia sama sekali tidak menjadi penghalang buat seorang warga emas, 90 tahun menimba ilmu ke peringkat lebih tinggi.