KUCHING: Kerajaan Sarawak komited untuk meneroka potensi luar biasa teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membuka potensi penuh kesalinghubungan yang membawa kepada peningkatan kecekapan, produktiviti dan inovasi di negeri ini.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital serta menyediakan perkhidmatan kerajaan yang beretika dan telus untuk meningkatkan kualiti hidup setiap warga Sarawak.
"Kerajaan Sarawak mengesahkan komitmennya untuk memajukan wawasan Sarawak untuk menjadi kuasa besar ekonomi digital untuk negara dan wilayah.
"Kami bercita-cita tinggi dan proaktif tentang masa depan digital Sarawak dan saya optimis bahawa kami akan mencapai objektif kami dengan Sarawak akan menjadi masyarakat yang berkembang maju didorong oleh inovasi dan teknologi," katanya dalam ucapannya pada majlis menandatangani Perjanjian SMART600 SMART600 Multi Operator Core Network antara Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) dengan CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL di sini, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Abang Johari turut menjemput pemain industri untuk menghadiri Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS 2024) yang akan berlangsung dari 17 hingga 18 Okt di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.
Memasuki tahun ketujuh dianjurkan tahun ini dengan bertemakan, 'AI for Sustainable Development: Navigating the Green and Circular Future', beliau berkata persidangan itu akan menghimpunan lebih 1,500 pemimpin global, inovator dan pihak berkepentingan untuk membincangkan topik utama seperti teknologi hijau dan inovasi, perkongsian kolaboratif, rantaian bekalan bulat dan topik lain yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (belakang, tiga kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian SMART600 MOCN di antara SDEC, CelcomDigi, Maxis Broadband, U Mobile, TM Technology Services & YTL Communications, di Kuching semalam. -- fotoBERNAMA
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
AI perlu diguna lebih meluas dalam pembangunan bandar raya - Fadillah
Teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu digunakan dengan lebih meluas dalam pengurusan bandar raya.
Korea Selatan perakui 76 buku teks digital berasaskan AI
Sebanyak 76 buku teks digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) telah diperakui untuk kegunaan bilik darjah buat kali pertama di Korea Selatan.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional dijangka siap pada 2028 - KP Imigresen
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka siap sepenuhnya pada 2028.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.
Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.
Malaysia tingkatkan AI sebagai pemangkin kepada pertumbuhan mampan - TPM Fadillah
AI berkuasa untuk menambah baik dalam membuat keputusan, mengurangkan risiko dan menawarkan perkhidmatan yang diperibadikan pada skala global.