PROFESOR Robert Merton, salah seorang tokoh sosiologi moden berhujah “Satu definisi situasi yang palsu menimbulkan kelakuan baru yang membenarkan definisi palsu tadi menjadi kebenaran”. Kita terbiasa dengan beberapa fakta ekonomi dan telah menerimanya sebagai norma yang mungkin berbeza di tempat yang lain. Sudah tertanam dalam minda kita bahawa petani dan nelayan merupakan golongan yang akan miskin dan hanya pekerja kolar putih sahaja layak menikmati hidup yang mewah dan senang.
Mengapakah petani dan nelayan kita - golongan penting yang membekalkan sumber makanan di Malaysia, elemen paling penting dalam survival manusia - kebanyakannya hidup dalam kemiskinan sedangkan rakan sekerja mereka di Eropah meraih pendapatan yang baik serta dapat menikmati kehidupan selesa? Terdapat satu pepatah Poland yang meluahkan hal ini: “Sekiranya petani hidup miskin maka miskinlah seluruh negara.”
Mengapakah mereka yang membekalkan barangan dan perkhidmatan tidak penting untuk survival kehidupan seperti kosmetik, barangan kemas, automotif dan lain-lain sangat kaya? Nasib sama dikongsi penoreh getah Malaysia yang kini bergantung dengan pendapatan kurang daripada RM500 sebulan walaupun hakikatnya industri getah adalah antara industri utama Malaysia.
Ketetapan ekonomi yang tidak adil ini antaranya disebabkan oleh monopoli orang tengah dalam rangkaian pembekal. Kita sewajarnya tidak boleh menerima dan berterusan menjustifikasikan pecahan ekonomi yang ketara sebagai satu norma yang diterima. Realiti ini sepatutnya tidak berlaku. Ianya boleh diubah sekiranya kita berikrar melakukan perubahan kepada perkara yang paling asas.
Jadi di mana kita patut bermula? Situasi yang paling baik ialah perubahan dasar pekerja asing dan bagaimana ia memberi kesan kepada 90% pekerja Malaysia.
Golongan Rentan dan Terpinggir Malaysia
Menurut Laporan Kajian Tenaga Buruh Malaysia 2014, dianggarkan terdapat sejuta rakyat Malaysia yang sedang bekerja di sektor tidak mahir (Elementary) yang terdiri daripada pencuci, pembantu, buruh, pekerja perkhidmatan dan pengutip sampah yang sedang bersaing secara langsung dengan hampir 800,000 pekerja asing sah yang bekerja dalam bidang yang sama. Terdapat juga hampir 300,000 pekerja asing di perkhidmatan dan jualan serta operator mesin dan wujud 213,000 pekerja asing yang berkhidmat dalam industri pembuatan dan industri berkaitan.
Bagaimanapun, angka ini hanyalah merujuk pekerja asing sah yang berdaftar. Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot, dianggarkan 6.7 juta pekerja asing (2.1 juta pekerja sah dan 4.6 juta pekerja tidak sah) bekerja dalam pelbagai sektor di Malaysia.
Bagaimana pula dengan pekerja tempatan kita? Ketika ini terdapat 11.8 juta pekerja tempatan di mana 3.3 juta sedang berkhidmat sebagai juruteknik, kerjaya berkaitan profesional, profesional dan pengurus yang memerlukan kelulusan melebihi SPM dan 8.4 juta pekerja lagi sedang berkhidmat dalam perkhidmatan yang tidak memerlukan kelulusan melebihi SPM.
Sangat tidak bertanggungjawab membiarkan 8.4 juta rakyat Malaysia yang paling rentan dan terpinggir ini bersaing secara langsung dengan 6.7 juta pekerja asing terdesak yang asalnya dari negara yang lebih miskin. Pekerja asing akan lebih berdaya saing untuk mendapat pekerjaan berbanding pekerja tempatan.
Gaji Pekerja Asing - Kehilangan Modal Negara
Menurut Nation Master- sebuah pusat rujukan internet untuk data antarabangsa, Malaysia berada di kedudukan nombor 12 di dunia apabila jumlah wang yang dibayar kepada pekerja asing diambil kira iaitu USD 6.53 bilion setahun. Secara puratanya jumlah wang yang dihantar pulang pekerja asing ke negara asal mereka ialah sekitar 40-50% daripada jumlah gaji mereka, menjadikan jumlah keseluruhan gaji yang dibayar kepada mereka ialah USD 13 billion.
Untuk setiap ringgit dalam KDNK/kapita Malaysia, 2.1% diberikan kepada pekerja asing. Dalam hal ini, kita berada di kedudukan nombor 7 dunia di belakang Switzerland, Saudi, Kuwait, Oman, Lebanon dan Luxembourgh. Negara-negara yang statusnya berbeza dengan kita. Ini pada 2009.
Kita pastinya menjangkakan usaha telahpun diambil untuk mengurangkang saiz pengaliran modal keluar ini. Malangnya, tujuh tahun selepas data itu dikeluarkan, Timbalan Menteri Kewangan, Johari Abdul Ghani dalam sesi Parlimen memaklumkan yang untuk tahun 2015 sahaja, sebanyak RM34.8 billion telah dibawa keluar oleh pekerja asing. Jumlah keseluruhan gaji boleh mencecah sehingga RM70 billion.
Bagi mendapatkan idea jumlah wang tersebut, bayangkan yang jumlah tersebut mampu membiayai pinjaman pendidikan PTPTN selama empat belas tahun atau memberikan pendidikan tinggi percuma selama empat belas tahun kepada peminjam. Ia juga hampir dua kali ganda bersamaan dengan jumlah hutang 1MDB sebanyak RM41 billion - dan jumlah ini hanya untuk tahun 2015 sahaja!
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) telah turut membangkitkan isu pengaliran kapital ke negara asal pekerja asing ini sebagai satu kerugian kepada ekonomi negara. Bayangkan sekiranya wang tersebut beredar dalam kalangan pekerja tempatan dan dibelanjakan dalam pasaran tempatan.
Hakikat yang paling pahit yang perlu ditelan kini ialah kebergantungan berterusan kepada pekerja asing menidakkan upah pekerja tempatan dan mengurangkan insentif untuk perniagaan untuk menjadi lebih inovatif dan produktif.
Kita perlu menyedari ke mana mahunya hala arah tuju kita dan mengambil pendirian. Adakah ini realiti yang kita rela dan sedia terima?
Mitos Tenaga Buruh Tempatan
Penyokong persekitaran industri sedia ada pantas berhujah yang tenaga buruh Malaysia ialah kelompok pemalas dan wujud logik kewangan bagi menggaji pekerja asing, dan ini juga disokong dalam konteks produktiviti. Ini satu realiti ciptaan yang khilaf dan palsu.
Adakah benar atau cumalah persepsi yang tidak tepat yang dicipta bertahun lamanya, dipandu oleh keuntungan perusahaan? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai malas dan dengan apakah ia dibandingkan secara relatif? Adakah perbandingan ini adil? Atau yang lebih tepat sebenarnya ialah tenaga buruh asing lebih murah dan mempunyai jangkaan yang rendah tentang persekitaraan pekerjaan mereka menyebabkan tarikan untuk mengupah mereka lebih tinggi?
Mari kita uji realiti ini. Terdapat 200,000 rakyat Malaysia yang berulang alik setiap hari antara Johor Bahru dan Singapura. Mereka keluar rumah seawal jam 5 pagi dan hanya pulang lewat malam. Kebanyakan mereka bekerja dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Pada masa yang sama, 300,000 pekerja asing bekerja di sektor yang sama di Johor Bahru!
Bagaimana pula dengan pekerja di pengkalan minyak pesisir pantai dan darat yang bekerja 10 jam sehari di bawah bahang matahari? Bolehkah kita menggelarkan petani di Cameron Highlands yang memulakan kerja seawal jam 4 pagi setiap hari sebagai pemalas? Bagaimana pula dengan kelasi yang belayar di laut berbulan lamanya yang sanggup meninggalkan keluarga mereka?
Kerajaan Pulau Pinang melakukan usaha yang baik apabila menawarkan 2,500 jawatan pengutip sampah kepada rakyat Malaysia dengan gaji sebanyak RM1,300 sebulan. Mereka telah menerima 25,000 permohonan. Pendek kata, mitos rakyat Malaysia tidak mahu bekerja dalam sektor 3D - kotor, sukar dan merbahaya - adalah palsu.
Masalah sebenar negara ini bukanlah rakyat Malaysia pemalas dan tidak mahu bekerja dalam sektor 3D. Hakikat sebenar ialah mereka tidak tertarik melakukan kerja-kerja itu kerana bayaran rendah dan struktur gaji minima tidak membenarkan mereka menikmati kehidupan yang baik.
Bergerak ke hadapan
Dasar kerajaan yang tegas dan kepimpinan boleh memandu dan membentuk masa depan Malaysia. Apa yang dilakukan sekarang akan memberi kesan kepada masa depan kita. Marilah bersama melakar realiti ekonomi yang baru.
BLINDSPOT sebelum ini telah mengusulkan kepada kerajaan supaya menetapkan gaji minima RM1,500 pada 2016 dan RM1,850 pada 2020 bagi mencapai nisbah 40:60 untuk gaji dan keuntungan perniagaan seperti mana yang dicadangkan oleh Menteri Dato’ Sri Abdul Wahid Omar. BLINDSPOT juga mencadangkan had dikenakan ke atas pengambilan pekerja asing dalam sektor tertentu. Kerajaan boleh membenarkan 100% untuk sektor pembantu rumah. Bagaimanapun, sewajarnya pekerja asing tidak dibenarkan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan, tetapkan had maksimum 30% untuk pembinaan dan 50% untuk industri perladangan/agro.
Cadangan ini bagi memastikan gaji pekerja tempatan terus meningkat dan pada masa yang sama pergantungan kepada pekerja asing, serta kehilangan kapital dan lain-lain masalah kebejatan sosial yang wujud ketika ini disebabkan oleh pekerja asing dapat dikurangkan. Kembalikan semula zaman “minah karen atau mat kilang”. Tidak boleh diterima yang rakyat Malaysia tidak boleh melakukan kerja juruwang, pelayan dan jawatan lain dalam industri perkhidmatan yang sekarang dilakukan pekerja asing. Masanya telah tiba untuk melakukan perubahan asas fungsi ekonomi di Malaysia dan kita perlu melakukannya segera.
Perusahaan di Malaysia mampu membayar upah yang lebih tinggi kepada pekerja mereka. Gross National Income (GNI) negara menunjukkan nisbah semasa gaji kepada keuntungan perusahaan ialah 30:70. Jauh ketinggalan berbanding negara maju yang mempunyai nisbah 40:60. Kos mungkin meningkat tetapi dalam jangka masa yang panjang kita boleh membina asas ekonomi yang lebih kukuh dan mampu bersaing dalam aspek kualiti. Tambahan pula, pemindahan modal akan berkurangan.
Selain itu, ketika ini produktiviti untuk sektor pembuatan misalnya ialah 45% melebihi paras gaji, maksudnya pekerja Malaysia menerima gaji yang kurang. Bayangkan dibayar 55 ringgit sehari, sedangkan anda sepatutnya menerima upah 100 ringgit sehari.
Sekiranya kita membenarkan kepincangan situasi ini berterusan, akan muncul kesan negatif berpanjangan kepada negara. Lebih banyak pekerjaan akan diambil oleh tenaga kerja asing dan gaji pekerja tempatan kekal tidak berganjak.
Ubah Fundamental Ekonomi Negara
Bagaimanakah keadaan Malaysia dalam masa 10 tahun akan datang yang ingin kita saksikan? Adakah kita mahukan persekitaran ekonomi di negara-negara Arab di mana pekerja asing melakukan hampir semua kerja? Atau kita mahukan persekitaran seperti Australia/Korea Selatan di mana pekerja tempatan melakukan kerja buruh kasar sehinggalah kepada kerja profesional walaupun hakikatnya majoriti mereka mempunyai kelulusan pendidikan tinggi?
Bolehkah kita bayangkan tenaga buruh tempatan yang lebih teguh di mana pekerja-pekerja berkemahiran dan profesional meraih pendapatan yang cukup bagi membolehkan mereka hidup selesa? Atau keadaan yang lebih buruk berasaskan persekitaran semasa di mana tenaga kerja tempatan tidak mempunyai kerja dan majoriti rakyat pekerja berpendapatan rendah?
Salurkan lebih gaji kepada rakyat Malaysia. Ini akan mencetuskan kitaran ekonomi yang lebih baik kerana kuasa beli akan meningkat, yang akan meningkatkan keuntungan perusahaan dan kutipan cukai kerajaan. Apabila kerajaan boleh mengutip lebih banyak cukai, mereka boleh membelanjakan peruntukan yang lebih banyak untuk pembangunan modal insan dan akhirnya, ekonomi akan terus berkembang. Satu kitaran ekonomi yang memberi keuntungan buat semua!
Semua perkara di atas mungkin nampak sukar untuk digapai tetapi perubahan secara gradual dengan perancangan yang baik boleh menjadikan ia satu kenyataan. Kita perlukan penguatkuasaan, kepimpinan dan dasar yang lebih kukuh. Negara dibina oleh peluh dan air mata pekerja negara, sudah sampai masanya untuk menghargai sumbangan mereka. Kerajaan perlu secara aktif melibatkan diri dengan perusahaan dan kesatuan sekerja untuk menilai kembali dasar pekerja asing dan memberikan penyelesaian terbaik.
Marilah sama-sama berharap apabila tibanya sambutan Hari Buruh tahun depan, slogan yang berkumandang ialah Hari Selamatkan Pekerja! Selamatkan pekerja negara, kita selamatkan Malaysia.
*Anas Alam Faizli pemegang ijazah kedoktoran pentadbiran perniagaan. Beliau merupakan ahli profesional industri pembinaan serta minyak dan gas, penulis buku Rich Malaysia, Poor Malaysians dan berTwitter di @aafaizli
**Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Anas Alam Faizli
Sun Oct 16 2016
Pekerja asing tidak sewajarnya dibenarkan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan, sementara perlu ditetapkan had maksimum 30% untuk pembinaan dan 50% untuk industri perladangan. - AFP Photo / Fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Malaysia menjadi destinasi pilihan pengeluar peranti perubatan - Dr Dzulkefly
Sektor peranti perubatan menyumbang kira-kira RM18 bilion kepada ekonomi negara pada 2023.
Kecenderungan Malaysia kepada BRICS tidak menjejaskan keberkecualian negara
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Malaysia konsisten mengukuhkan kerjasama dengan semua blok, selagi ia memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan komited pastikan negara berkembang maju - PM Anwar
Kerajaan terus mengamalkan semangat keterbukaan dan kesediaan untuk menyesuaikan diri, berinovasi dan sentiasa menolak sempadan kemungkinan.
Ekonomi negara berkembang baik disokong pengukuhan ringgit - Amir Hamzah
Ekonomi negara terus berkembang dengan baik disokong oleh kedudukan ringgit yang kini semakin mengukuh dalam pasaran tukaran mata wang asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Malaysia berada di landasan tepat capai unjuran KDNK 4.0-5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Antara faktor peningkatan KDNK bagi suku kedua adalah peningkatan ketara pelaburan swasta kerana pelabur semakin yakin dengan prospek ekonomi negara.
Hala tuju Malaysia dalam BRICS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan itu dikemukakan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lee Chuan How dalam sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQ).
PM Thai gesa peralihan kepada ekonomi berasaskan kreativiti
Srettha Thavisin mahu kerajaan supaya tidak bergantung kepada tenaga buruh berkemahiran rendah dan beralih menjadi sebuah negara yang digerakkan kebijaksanaan dan kreativiti rakyat.
Industri ikan hiasan meningkat, penyumbang ekonomi negara
Pengeluaran ikan hiasan pada 2023 adalah sebanyak 241 juta ekor dengan nilai RM373 juta dan 21 peratus daripadanya bagi tujuan eksport.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.