PUTRAJAYA: Falsafah pendidikan dipacu matlamat antara pendekatan terbaik untuk menghasilkan siswazah berkualiti yang dicari majikan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.
Beliau berkata dengan pendekatan falsafah ini yang diperkenalkan Heriot-Watt University Malaysia pada 2017, staf dan pelajar universiti ini telah memulakan "journey of impact" mereka dengan menemukan dan menyuarakan matlamat hidup mereka.
"Mereka juga menggunakan masa mereka untuk melaksanakan inisiatif bagi menggerakkan matlamat mereka kepada satu impak positif kepada dunia," katanya dalam ucaptama pada Pelancaran Rasmi Kempen dan Forum Dipacu Matlamat di Heriot-Watt University Malaysia di sini hari ini.
Mustapha berkata beliau dimaklumkan dalam beberapa tahun lepas, menerusi inisiatif seperti projek pendanaan awam "EmPOWER" dan "Fit-For-Future", universiti ini telah memainkan peranan penting dalam menyediakan siswazah dengan kemahiran penting seperti pemikiran kritis, set minda keusahawanan, kecerdasan emosi dan daya ketahanan.
Pendekatan inovatif Kempen Dipacu Matlamat menyasarkan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran kalis masa depan dan hidup bermatlamat sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk ekonomi terangkum dan berkembang maju.
Kempen ini merupakan inisiatif perintis bagi menentukur semula pendidikan tinggi Malaysia dengan memupuk daya ketahanan dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran penting untuk kejayaan masa depan.
Mengulas mengenai kempen ini, Mustapha berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) amat yakin bahawa pendekatan pendidikan secara komprehensif dan holistik ini amat diperlukan dalam memupuk kumpulan bakat siswazah menjadi insan yang penting dan bernilai, melangkaui kecemerlangan akademik.
Bagi sokongan lanjut inisiatif Pendidikan Dipacu Matlamat ini, beliau berkata MOHE komited untuk memainkan peranan penting dalam memupuk sebuah ekosistem yang kondusif kepada kemajuan holistik pelajar.
"Inisiatif ini bukan hanya melengkapkan siswazah dengan pengetahuan dan kemahiran diperlukan tetapi melatih mereka supaya dapat menyesuaikan diri dengan masa hadapan. Saya akan mengetengahkan perkara ini (insiatif Pendidikan DIpacu Matlamat) kepada kementerian, " kata Mustapha.
Sementara itu pada sidang media, Mustapha berharap pihak Heriot-Watt University Malaysia akan berkongsi modul pelaksanaan inisiatif berkenaan dengan kementerian bagi membolehkan inisiatif itu diperkenalkan di institusi pengajian tinggi lain di negara ini.
"Saya dengar pembentangan mengenai inisiatif ini dan saya rasa ini boleh dilaksanakan di universiti lain. Ini boleh melatih mereka jadi insan yang baik.
Kita cuba ambil konsep yang dibuat Heriot-Watt University Malaysia. Kalau ada modul, kita boleh tawarkan kepada universiti lain," katanya.
Sementara itu Provos dan Ketua Pegawai Eksekutif Heriot-Watt University Malaysia Professor Mushtak Al-Atabi menzahirkan minat mendalamnya untuk bekerjasama dengan MOHE bagi membantu Malaysia mencapai aspirasi pembangunannya.
"Kami gembira untuk bekerjasama dengan kementerian dan kami akan lihat bagaimana kita boleh bekerjasama. Kami amat gembira untuk berkongsi modul kami.
Bersempena dengan Majlis pelancaran itu, Heriot-Watt University Malaysia juga menganjurkan perbincangan panel dan forum interaktif yang berteraskan Pendidikan Dipacu Matlamat.
Antara anggota panel pada perbincangan dan forum interaktif itu ialah Prinsipal dan Naib Canselor Heriot-Watt University Prof Richard A. Williams; Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj; 'Human Resources Director and Country Site Leader of Experian Malaysia' Chua Chai Ping; Pengetua Sekolah Antarabangsa The Alice Smith School Sian May dan Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank Datuk Dr Nora Abdul Manaf.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Mustapha berkata, falsafah pendidikan dipacu matlamat antara pendekatan terbaik untuk menghasilkan siswazah berkualiti yang dicari majikan. - Bernama
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Falsafah pendidikan dipacu matlamat satu pendekatan hasilkan siswazah pilihan
Falsafah pendidikan dipacu matlamat antara pendekatan terbaik untuk menghasilkan siswazah berkualiti yang dicari majikan.
Memartabatkan IPT: Ubah falsafah pendidikan, bebaskan dari cengkaman politik - Pakar
Falsafah dan peranan pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu diubah dan diperluaskan.