Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka pusat jualan barangan segar terkawal di 77 lokasi di seluruh negara.
Menteri Kanan (Klauster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu diambil sebagai mengurangkan kesesakan di pasar basah sedia ada.
Katanya, disebabkan orang ramai tidak mempunyai banyak pilihan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka, mereka terpaksa menyerbu pasar basah secara beramai-ramai.
Ekoran itu, beliau berkata, kerajaan berhadapan dengan masalah untuk mengawal kesesakan di lokasi pasar-oasar basah.
"Antara pusat jualan yang akan dibuka adalag pasar tani terpilih, pasar tani kekal, pusat operasi FAMA, MyFAMA Outlet serta Kompleks Peladang," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini, pada Selasa.
Ismail Sabri memberitahu, pasukan keselamatan akan mengawal pintu masuk dan keluar pusat jualan itu dengan piawaian prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial akan diperketatkan.
Dalam pada itu, beliau berkata, polis telah menahan 742 individu di sekatan jalan raya dan ketika rondaan pada Isnin.
Katanya, sebanyak 1,547 sekatan jalan raya dengan 383,488 kenderaan diperiksa pasukan keselamatan.
Sementara itu, Ismail Sabri juga menambah, semua syarikat konsesi lebuh raya bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran sewa kepada penyewa gerai di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk tempoh enam bulan.
Umavathi Ramayah
Tue Mar 31 2020

Ismail Sabri memberitahu, pasukan keselamatan akan mengawal pintu masuk dan keluar pusat jualan itu dengan SOP penjarakan sosial akan diperketatkan.

COVID-19 | Ramadan pertama tanpa suami, hanya doa mengiringi
Tiada lagi berbuka puasa, solat tarawih dan beraya bersama. Angkara COVID-19, semua momen terindah bersama suami tercinta, tinggal hanya kenangan yang kuat disemat, jauh di lubuk sanubari. Ikuti kisah, seorang balu, yang menyambut Ramadan tanpa suami disisi, akibat COVID-19.

Kaji semula sistem pendidikan | Ke mana hala tuju MEB?
Pandemik COVID-19 telah memberi gambaran sebenar betapa pentingnya sistem pendidikan negara dirombak semula. Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra menegaskan tiba masanya menjadikan kurikulum pendidikan negara lebih kompak dan ringan mengikut penanda aras ditetapkan PISA.

COVID-19 | PKP di tujuh daerah dan jajahan di Kelantan
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh jajahan atau daerah di Kelantan. Menurut Menteri Kanan Pertahan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP di 12 daerah tersebut bermula 16 hingga 29 April.
![AWANI Borneo [14/04/2021] - Hak mula dikembalikan | Kes di Sarawak masih tinggi | Hilangnya 'permata' Sarawak AWANI Borneo [14/04/2021] - Hak mula dikembalikan | Kes di Sarawak masih tinggi | Hilangnya 'permata' Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899775/23621876161618403982504_640x360.jpg)
AWANI Borneo [14/04/2021] - Hak mula dikembalikan | Kes di Sarawak masih tinggi | Hilangnya 'permata' Sarawak
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: 1. Sabah dapat mutlak pentadbiran Sipadan dan Pulau Ligitan, Sarawak pula diberi kuasa penuh terhadap sumber minyak dan gas. 2. Perkembangan COVID-19: Lima kematian dicatatkan di Sarawak, manakala satu di Sabah 3. Isteri bekas TYT Sarawak meninggal dunia Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

PKPD di Kg. Juara, Pulau Tioman tamat esok, ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang, ditamatkan esok, lebih awal daripada jadual asal iaitu 20 April.

Perdagangan Luar China dengan Negara BRI Meningkat Ketara
Sementara itu, dagangan luar China dengan negara-negara dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencatatkan nilai RMB2.5 trilion atau RM1.58 trilion bagi suku pertama tahun ini, iaitu meningkat 21.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Jurucakap GAC, Li Kuiwen dalam sidang media di Beijing pada Selasa berkata, sejak BRI diperkenalkan China pada 2013, jumlah perdagangan luar antara China dengan negara-negara terlibat telah mewujudkan pertumbuhan yang stabil.

ASEAN Kekal Rakan Dagang Terbesar China pada Suku Pertama 2021
ASEAN kekal sebagai rakan dagang terbesar China bagi suku pertama 2021 dengan nilai dagangan sebanyak AS$190 bilion atau RM784 bilion. Jurucakap Jabatan Pentadbiran Am Kastam (GAC), Li Kuiwen berkata, bagi tempoh yang sama, nilai import dan eksport China dengan ASEAN mencecah RMB1.24 trilion atau RM782 biliont, meningkat 26.1 peratus, atau 14.7 peratus daripada keseluruhan dagangan luar China.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD bermula esok - Ismail Sabri
Kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

Jenazah Toh Puan Sri Rokiah selamat dikebumi
Jenazah Allahyarhamah Toh Puan Sri Rokiah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang Kuching pada jam 5 petang. Isteri kepada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak keenam, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, Kuching pada Rabu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.02 minit tengah hari kerana komplikasi, selepas mengalami strok dan pendarahan otak pada 3 April lalu.

20 maut, 14 cedera bas terbalik di Peru
Difahamkan 18 penumpang meninggal dunia di tempat kejadian, dengan dua lagi mati ketika dipindahkan.

KPDNHEP lancar Op Harum kekang salah guna nama harumanis
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan Op Harum 1.0 untuk mengekang penyalahgunaan perihal 'harumanis' bagi mangga yang bukan berasal dari Perlis.

E-dompet antara syarikat perbaharui lesen peniaga pasar tani dan pasar awam Putrajaya
Penggunaan e-dompet akan menjadi salah satu syarat untuk memperbaharui lesen peniaga pasar tani dan pasar awam di Putrajaya tidak lama lagi.

FAMA cadang eksport Harumanis ke Eropah
Sasaran untuk mengeksport ke negara Eropah berikutan potensi yang besar di samping memperkenalkan buah tempatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

FAMA Melaka sedia beli hasil pertanian negeri lain, atasi isu lambakan
Isu lambakan itu dilihat banyak berpunca daripada kekangan pergerakan susulan pelaksanaan PKP bagi mengekang pandemik COVID-19.

Pasar Tani Kekal Nyiur 7 naik taraf kepada Agrobazaar, bantu usahawan IKS
Bermula awal bulan ini pasar tani kekal berharga RM1.2 juta itu akan dimanfaatkan secara optimum.

Isu nanas Moris tidak dapat dijual libatkan pekebun tidak berdaftar - LPNM
Isu pasaran buah nanas jenis Moris yang dikatakan tidak dapat dijual di Johor melibatkan pekebun-pekebun yang tidak berdaftar.

CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah
CAP melakukan tinjauan sekitar pasar Pulau Pinang dan mendapati harga bawang merah import dari China, Holland dan Pakistan meningkat daripada RM4.00 kepada RM10.50 sekilogram.

FAMA Sarawak perkenal perkhidmatan penghantaran AgroXpress
Jenama AgroXpress yang dikendalikan oleh ABO Trading ini akan memudahkan urusan jual beli antara pelanggan dan usahawan tani tempatan

FAMA, Shopee lancar jualan durian dalam talian pertama di Malaysia
Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, FAMA dan Shopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar potongan harga.