awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAMA Melaka edar 6,000 kampit beras tempatan di tujuh lokasi Pasar Tani

Bernama
Bernama
18/02/2024
05:45 MYT
FAMA Melaka edar 6,000 kampit beras tempatan di tujuh lokasi Pasar Tani
Pengunjung membawa barang keperluan yang dibeli dengan harga murah berbanding harga asal sempena Program Jualan Agro Madani di Pasar Tani Merlimau hari ini. - Foto Bernama
JASIN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka akan melaksanakan jualan 6,000 kampit beras tempatan secara terus kepada pengguna di tujuh lokasi pasar tani di negeri itu setiap dua minggu sekali, bermula hari ini.
Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata tujuh lokasi tersebut melibatkan Pasar Tani Alor Gajah, Masjid Tanah, Lubok Cina, Merlimau, Jasin, Selandar dan Bukit Katil.
"Kerajaan negeri telah berbincang dengan FAMA mengenai perkara ini dan menetapkan penjualan bagi kuota khas beras kampit 10 kilogram (kg) FAMA Melaka di kedai-kedai terpilih seperti yang dilakukan sebelum ini, dihentikan.
"Terdapat beberapa aduan orang ramai mengenai kesukaran mereka mendapatkan beras di kedai seperti AgroBazaar, dan jualan di pasar tani ini lebih telus dan selain dapat dilihat sendiri pengguna," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Agro Madani @ Pasar Tani Merlimau di sini hari ini.
Dr Muhamad Akmal berkata pada program tersebut, sebanyak 300 kampit beras dijual kepada orang ramai dan diharap dapat memberi ruang kepada pengguna mendapatkan beras tempatan selain membantu merancakkan jualan di pasar tani.
Dalam pada itu beliau berkata FAMA menyasarkan untuk mengadakan 400 Program Jualan Agro Madani pada tahun ini, bagi membolehkan pengguna mendapatkan harga barangan lebih rendah dari pasaran.
Antara promosi ditawarkan ialah sepapan telur ayam dijual dengan harga RM10, set Kombo Madani iaitu minyak, tepung, gula dan garam berharga RM10, daging segar sekilogram RM35, ayam segar RM6.50 sekilogram dan lain-lain.
"Kita berharap program seumpama ini akan dapat memberi manfaat dan memberi lebih penjimatan kepada orang ramai untuk berbelanja barangan keperluan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
#FAMA Melaka
#Exco Pertanian Melaka
#Dr Muhamad Akmal Saleh
#Program Jualan Agro Madani
#Merlimau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan