awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farid Kamil nafi rumah tangga berantakan

Gempak
Gempak
07/02/2020
04:12 MYT
Farid Kamil nafi rumah tangga berantakan
Farid Kamil berkata, rumah tanggannya dengan Diana sangat harmoni, tidak seperti yang digembar-gemburkan.
AKTOR terkenal, Datuk Farid Kamil menafikan desas-desus kononnya rumah tangganya dengan Datin Diana Danielle berantakan.
Menurut pelakon Anak Halal dan J Revolusi itu, dakwaan yang disebarkan pihak-pihak tertentu tidak masuk akal kerana hubungan mereka suami isteri sangat harmoni.
Bahkan, Farid, 39, berkata, Diana merupakan tulang belakang kekuatan dalam kehidupan peribadi serta kerjayanya yang sering sentiasa berada di sini sekalipun ketika beliau ditimpa musibah berkali-kali.
"Sebenarnya tiada apa yang berlaku, ia tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Diana sangat menyokong saya dari awal kenal, berkahwin sampai saya ditimpa malapetaka. Dia masih bersama dengan saya.
"Sesungguhnya dia dan anak-anak menjadi kekuatan saya untuk menghadapi masa-masa mendatang.
"Sukar untuk saya terjemahkan betapa beruntungnya saya memiliki Diana," katanya kepada Gempak.
Farid yang ditemui pada majlis pelancaran Sifu International Enduro Championship 2020 dan treler Remp-it 2 di Route 77 Harley Davidson Kuala Lumpur baru-baru ini melihat situasi yang dilaluinya daripada sudut positif. BACA: 'Hubungan saya, Diana dan anak-anak baik sahaja' - Farid Kamil BACA: Farid Kamil khatam Quran dan solat Tahajjud dalam penjara
"Saya mengaku hukuman dilalui menerbitkan perasaan sedih, terkilan dan rasa ‘terbang’ jauh.
"Namun, saya mengaku ini adalah cara Tuhan menunjukkan sesuatu kepada saya.
"Saya kena lalui detik mencemaskan sebelum Tuhan memberikan sesuatu yang lebih baik. Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi," tambahnya.
Hasil perkahwinan dengan Diana, Farid dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad, 7 dan Aurora, 5..
Pada 15 Mei tahun lalu, Farid dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC).
Selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama 35 hari, anak seni kelahiran Alor Setar, Kedah itudibenar menangguhkannya sehingga rayuan selesai.
Farid bagaimanapun perlu membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.
Topic Berkaitan
#Aurora
#Diana Danielle
#Farid Kamil
#Muhammad
#nafi rumah tangga berantakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan