awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farmasi pandu lalu kurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Oya

Khairuddin Rushdi Ayuphan
Khairuddin Rushdi Ayuphan
01/03/2021
06:43 MYT
Farmasi pandu lalu kurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Oya
Perkhidmatan farmasi pandu lalu dfi Klinik Kesihatan Oya memudahkan orang ramai mengambil ubat tanpa perlu mengambil nombor giliran. - Foto Astro AWANI
SIBU: Farmasi pandu lalu yang dilancarkan di Klinik Kesihatan Oya hari ini mampu mengurangkan penerimaan pesakit harian sebanyak 30 peratus di klinik berkenaan.
Menurut Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapaee, dengan adanya farmasi pandu lalu itu, kehadiran 300 pesakit harian dapat dikurangkan dan ia satu usaha untuk memudahkan pungutan ubat biasa di klinik.
“Sebenarnya ini adalah satu idea yang bagus kerana ia dapat mengurangkan sebanyak 300 pesakit yang datang setiap hari yang melibatkan pesakit IOU.
“IOU maksudnya pesakit diberikan masa sebulan sekali untuk medapatkan bekalan ubat dan mereka hanya perlu ke sini tanpa perlu pergi ke farmasi klinik.
“Ia sekaligus dapat mengawal kesesakan di poliklinik dan ia sangat pantas, sepantas satu minit untuk seorang pesakit,” kataya.
Selain itu, farmasi pandu lalu dengan kos RM45 ribu ini juga mampu mengatasi masalah ruang parkir kenderaan, kesesakan di kaunter farmasi dan sebagainya.
Bagi seorang penjawat awam, Sulaihi Yahya, kemudahan itu memberi kebaikan terutama kepada pesakit yang perlu mendapatkan ubat tanpa perlu bersesak dan menunggu lama.
“Ia cepat dan mudah, jadi kita tak perlu beratur panjang dan memendekkkan masa kita untuk mengambil ubat, itu yang penting,” jelasnya.
Jenny Kneh pula berpendapat, perkhidmatan itu dapat mengelakkan kesesakan terutamanya di kaunter farmasi sekaligus mengurangkan tempoh menunggu.
“Ia memudahkan orang ramai mengambil ubat tanpa menggunakan nombor giliran, terutamanya buat warga emas,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Sibu
#Farmasi pandu lalu
#Sarawak
#farmasi
#sesak
#Dr Annuar Rapaee
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan