Cadangan mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat harus fasih berbahasa Melayu dan memiliki kepujian bagi bahasa itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu disokong.
Menegaskan demikian, Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata setiap pemimpin di negara ini perlu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.
"Jika ini dapat disyaratkan, ia sangat baik. Ia merupakan satu konsistensi yang boleh kita ikut demi tanah air yang kita cintai.
"Memang tidak ada kesan baiknya kalau seseorang pemimpin tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik (fasih).
"Bagi saya, pandangan seperti itu khasnya memberi dokongan kepada menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Quality Day 2015' Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya mensyaratkan individu yang mahu menjadi wakil rakyat di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sekurang-kurangnya mendapat kepujian (kredit) bahasa Melayu dalam SPM.
Cadangan beliau itu dimuatkan dalam ruangan kolumnis Sinar Harian Online pada Isnin lepas (27 April).
Mohd Ridhuan Tee juga mencadangkan agar wakil rakyat ditemu duga penguasaan bahasa Melayu dan sejarah kenegaraan sebelum dibenarkan bertanding.
Beliau berkata ini kerana masih terdapat anggota Parlimen yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik iaitu masih menggunakan sebutan perkataan melucukan seperti kata-kata 'lu' (kamu), 'terbulu-bulu' (terburu-buru) dan 'laja' (raja).
Rais berkata: "Oleh kerana kita mempunyai Akta Bahasa Kebangsaan dan juga di bawah Perkara 152 (Perlembagaan Persekutuan), kita mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan...memang penting bagi setiap ahli Parlimen, DUN dan Senator berkebolehan berbahasa Melayu".
Dalam pada itu, Rais yang juga Presiden UIAM berkata universiti tempatan harus lebih banyak menggunakan bahasa Melayu dalam perantaraan kesenian (art) dan kemanusiaan (humanities) sebagai usaha menjadikan bahasa kebangsaan ini sebagai bahasa ilmu.
Bernama
Wed Apr 29 2015
Cadangan mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat harus fasih berbahasa Melayu dan memiliki kepujian bagi bahasa itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu disokong.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
Kolej Thailand lancar Kursi Ismail Sabri, promosi pengajian Melayu dan ketamadunan
Katanya, kursi itu permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Inisiatif merakyat sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada PM - ITBM
Empat inisiatif bagi merakyatkan sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada Perdana Menteri bagi memohon pandangan dan kelulusan bagi pelaksanaannya.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Isu kekuatan ekonomi akan jadi tumpuan khusus kerajaan pada 2024 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kestabilan politik negara yang ada ketika ini memudahkan kerajaan memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan - KDN
Proses saringan dilakukan antaranya ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.
'Di mana yang tidak Melayunya?', soal PM Anwar
Perdana Menteri menyanggah dakwaan sesetengah pihak, terutamanya daripada pembangkang yang mengatakan Kerajaan Perpaduan tidak memberi tumpuan kepada orang Melayu.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.
KPT ambil langkah serius jadikan bahasa Melayu agenda penting pendidikan tinggi
Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi antara usaha yang dirintis Kementerian Pengajian Tinggi.
Pulang semula surat jika tidak guna Bahasa Kebangsaan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi peringatan kepada jabatan kerajaan agar tidak melayan sebarang surat yang diutus selain daripada Bahasa Kebangsaan.