awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasilitator motivasi tidak mengaku salah lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/09/2025
03:50 MYT
Fasilitator motivasi tidak mengaku salah lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Mohd Zulkarnain (dua dari kanan) didakwa melakukan amang seksual fizikal dan berkomunikasi secara seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di dewan sebuah sekolah di daerah Padang Besar sekitar jam 9 pagi pada 10 Julai lalu.
KANGAR: Seorang fasilitator motivasi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan berkomumikasi secara seksual terhadap seorang remaja di sebuah sekolah di daerah Padang Besar pada Julai lalu.
Tertuduh, Mohd Zulkarnain Atan, 44, bagaimanapun, membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dan berkomunikasi secara seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya di dewan sebuah sekolah di daerah Padang Besar sekitar jam 9 pagi pada 10 Julai lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 11(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara tidak lebih tiga tahun bagi pertuduhan kedua.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Ayuni Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Tengku Ruqayyah dalam hujahannya meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, Nur Ayuni merayu mahkamah untuk memberikan satu jumlah yang minima terhadap anak guamnya memandangkan anak guamnya itu seorang duda yang tidak mempunyai pendapatan tetap selain terpaksa menanggung ayah yang sudah tua dan kakaknya yang juga ibu tunggal.
Nur Ayuni turut menjelaskan kepada mahkamah bahawa anak guamnya mempunyai sakit jantung, asma serta sakit tulang belakang dan perlu mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Selain itu anak guamnya tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.
Ana Rozana kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Mahkamah kemudian menetapkan 16 Oktober hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen serta laporan forensik.
Pada Februari tahun lalu, tertuduh pernah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua penuntut lelaki sebuah universiti awam di Melaka.
Topic Berkaitan
#fasilitator motivasi
#amang seksual
#remaja lelaki
#Padang Besar Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan