awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fathul Bari mahu artis "berhijrah" lihat kembali motif sebenar, bidas Abby Abadi

Bernama
Bernama
28/10/2013
02:48 MYT
Fathul Bari mahu artis "berhijrah" lihat kembali motif sebenar, bidas Abby Abadi
Golongan artis yang berhijrah diminta berfikir secara rasional dan jangan keterlaluan menuduh UMNO tidak menyokong penghijrahan mereka selain mendakwa UMNO bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di negara ini mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.
Ulama muda, Dr. Fathul Bari Mat Jahya menganggap tindakan artis, Abby Abadi yang menyertai PAS bukanlah satu penghijrahan yang ikhlas kerana beliau lantang menyalahkan UMNO membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair dan menyekat peluang kerjaya seninya.
Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu calon PAS menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Fathul mempersoalkan apakah motif sebenar penghijrahan Abby Abadi itu, adakah untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?
"Dia memaksudkan hijrah itu masuk parti politik. Dia masuk parti politik PAS, kemudian mengharapkan ruangan, dia teringin berlakon lagikah? Klau tak teringin berlakon tak perlu timbul hal-hal yang sedemikian rupa."
Beliau berkata kepada media selepas berucap di majlis kempen pilihan raya bersama penduduk Kampung Selengkoh, Sungai Limau, Yan, Kedah, malam tadi.
Katanya, ada juga artis yang berhijrah seperti penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy masih mendapat peluang dalam kerjaya seni mereka kerana penghijrahan itu bersandarkan kesedaran sejati tanpa sebarang kepentingan mana-mana pihak.
Fathul Bari yang juga exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, biarlah penghijrahan itu dilakukan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran, dan berharap keputusan mereka berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah diri menjadi muslimah yang sejati.
PRK DUN Sungai Limau menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat menentang wakil Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
Pengundian akan berlangsung 4 November ini.
Topic Berkaitan
#Fathul Bari
#Kedah
#PAS
#prk sungai limau
#UMNO
#Yan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan