PENYAMPAI radio Era, Fazziq Muqris berdepan dengan situasi menyeramkan apabila pendengar yang membuat panggilan kepadanya tiba-tiba mengilai panjang di akhir perbualan.

Menerusi satu video di TikTok yang sempat dirakam oleh seorang pengguna @SyakireenOthman ketika Fazziq membuat siaran langsung di akaun media sosial berkenaan.

Rakaman video bekenaan juga disertakan dengan sari kata yang disunting sendiri oleh pengguna TikTok berkenaan lebih memudahkan netizen memahami.

Wanita itu pada mulanya bercerita yang dia mahu pergi membeli beg untuk ibunya. Dalam cerita berkenaan selepas dia membeli beg itu difahamkan dia tersalah jalan dan menyebabkannya kemalangan sehingga memasuki gaung.

Wanita itu mula-mula menangis dan sedih kerana dia tidak dapat selesaikan hajatnya dan meminta Fazziq menolongnya.

Wajah Fazziq yang juga pelakon drama Asteo Original Astro, Project High Council mula berubah serta sedikit terkejut dan jadi pelik kerana cerita wanita tersebut seakan-akan ingin memberitahu yang dirinya sudah tiada.

Difahamkan cerita yang disampaikan pemanggil wanita tersebut, berlaku sekitar tahun 1992 dan boleh jadi dia kini berusia 54 tahun.

Namun cara wanita itu bercerita sambil mengilai diakhirnya telah membuat Fazziq panik dan individu yang menemaninya dikenali sebagai Zain bercakap dalam keadaan menggigil seolah-olah turut ketakutan.



Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari pengguna laman sosial.

Rata-rata turut berasa seram mendengar perbualan berkenaan yang diakhiri dengan suara wanita mengilai.

Walaupun panggilan tersebut kemungkinan sekadar ‘prank’, namun apa yang dilakukan dilihat tidak menghormati orang yang sedang bekerja kerana mendatangkan rasa kurang selesa lebih-lebih lagi ketika waktu malam. - Gempak