awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FDAM rayu benarkan penggambaran

Bernama
Bernama
12/05/2020
02:45 MYT
FDAM rayu benarkan penggambaran
Ahmad berkata anggaran 50 syarikat penerbitan mengemukakan permohonan penggambaran filem, iklan dan program televisyen sebelum PKP. - Gambar Astro GEMPAK
"Kami penggiat seni nak shooting minggu ini. Kami bersedia dan akur dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ada. Mohon kelulusan."
Begitulah hantaran terbaharu Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim atau juga dikenali sebagai Mat London dalam laman Facebook miliknya awal pagi ini.
"Penggambaran 'indoor' dengan jumlah kru kurang daripada lima orang patut dibenarkan. Produksi filem dan TV agak sukar nak kawal penggambaran berskala besar walaupun ada kawalan dan pemantauan rapi," katanya dalam hantaran itu.
Hantaran yang ditujukan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Majlis Keselamatan Negara itu susulan kelonggaran diberi kepada beberapa sektor industri untuk beroperasi semula berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat mulai 4 Mei lepas.
Ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp pada Selasa, Ahmad berkata anggaran 50 syarikat penerbitan mengemukakan permohonan penggambaran filem, iklan dan program televisyen setiap bulan sebelum PKP dikuatkuasakan.
"Syarikat penerbitan kehilangan punca pendapatan kerana terpaksa menangguhkan kerja penerbitan berikutan penguatkuasaan PKP bermula 18 Mac lepas. Ini sudah tentu menjejaskan kehidupan para pekerja termasuk ahli FDAM yang kebanyakannya pengarah sambilan tanpa pendapatan tetap," katanya.
Ahmad berkata, FDAM dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia telah melancarkan tabung bantuan baru-baru ini bagi meringankan beban ahli.
"FDAM sentiasa menerima maklum balas dan keluhan ahli yang tidak dapat meneruskan tugas dan menjejaskan mata pencarian mereka. Malah ada antara mereka terpaksa membuat kerja lain seperti jualan makanan dalam talian untuk menampung hidup.
"Hampir 100 ahli kami yang kritikal telah menerima bantuan sekali bayar sebanyak RM200 seorang," katanya.
FDAM yang ditubuhkan pada 1990 kini mempunyai kira-kira 1,200 ahli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#FDAM
#filem
#Kementerian Kesihatan
#mat london
#mohon kelulusan
#Penggambaran
#PKP
#produksi
#tv
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan