BAGAN DATUK: Felcra Berhad (Felcra) pada Sabtu melancarkan beras berkualiti lima peratus hancur dengan harga RM13 bagi lima kilogram.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyempurnakan majlis pelancaran itu berkata beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.
"Pertama kali dalam sejarah Felcra melancarkan beras ini, pada harga promosi ia dijual pada harga RM10, RM13 pada harga pasaran dan RM12.10 pada harga borong," katanya pada Majlis Iftar dan Pelancaran Beras Felcra Super Special Tempatan di Masjid Tuminah Hamidi di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Felcra Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Terdahulu dilaporkan Felcra akan mengeluarkan ayam daging, beras dan minyak masak, bermula tahun ini.
Bagi pengeluaran beras, sawah diusahakan Felcra mampu mengeluarkan sehingga 40,000 tan padi setahun untuk diproses menjadi beras dalam bungkusan lima kilogram.
Sebanyak 3.6 juta bungkusan beras lima kilogram disasar dapat dihasilkan setahun, dengan 500,000 komuniti Felcra akan mendapat manfaat subsidi sebanyak 15 peratus, daripada harga jualan runcit.
Ketika ini, Felcra mengusahakan tanaman padi di kawasan seluas 3,263 hektar di Felcra Seberang Perak di Perak membabitkan 1,500 peserta.
Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut melancarkan Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan Yayasan Restu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak. - Foto BERNAMA
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
FELCRA sasar tiga juta ayam pedaging setahun
FELCRA sasar gandaan pengeluaran sebanyak tiga juta ayam pedaging setahun selepas projek kompleks di Tanjung Seratus, Pahang yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.
KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.
5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.
FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing
FELCRA Berhad telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membawa masuk kira-kira 5,000 pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di ladang sawit dan getah miliknya.
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.
Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi
Saksi itu berkat, dia memohon cadangan pelaburan itu dipertimbangkan sewaktu membentangkannya pada mesyuarat lembaga pengarah.
FELCRA Wilayah Sarawak terus perkasa Program Ameniti Sosial
RM1 juta dibelanjakan FELCRA bagi membantu keperluan Ameniti Sosial termasuk menaiktaraf infrastruktur di kawasan perkampungan peserta-peserta FELCRA terutama di luar bandar Sarawak.
Belanjawan 2020: RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA
Kerajaan umum peruntukan RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA