Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dan empat yang lain untuk membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah Felda menerusi dua artikel kononnya agensi itu menjual minyak sawit mentah ke Israel.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebulat suara menolak rayuan Mustafa, dan empat defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham juga menolak rayuan Felda terhadap presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman.
Pada 30 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengarahkan Felda membayar kos guaman RM30,000 kepada Mazlan selepas Hakim Lee Heng Cheong mendapati Mazlan telah berjaya membuktikan pembelaan berdasarkan perlindungan bersyarat dan komen yang adil.
"Kami bersetuju dengan dapatan fakta oleh Mahkamah Tinggi yang tidak memerlukan kami mengganggu/campur tangan). Tiada perintah mengenai kos dikeluarkan (untuk kedua-dua rayuan)," kata Hakim Abdul Aziz.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Felda manakala peguam Azhana Mohd Khairuddin mewakili keenam-enam defendan.
Pada 7 Jan 2013, Felda memfailkan saman terhadap keenam-enam mereka dan bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat" bertarikh 27 Nov, 2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan.
Dalam kenyataan tuntutan, FELDA menyatakan bahawa Mazlan telah muat naik dalam laman Facebook beliau pada 19 Nov 2012 gambar invois dan kapsyen yang berbaur fitnah kepada Felda dan juga membuat kenyataan yang sama semasa perhimpunan di hadapan pejabat Felda empat hari kemudian (23 Nov, 2012).
Felda mendakwa kenyataan itu diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam dalam beberapa artikel akhbar Harakah antara 26 Nov dan 29 Nov 2012.
Ia mendakwa bahawa kenyataan itu telah menjejaskan reputasi Felda dan bahawa defendan berbuat demikian dengan niat untuk memenuhi agenda peribadi mereka untuk menghakis kepercayaan rakyat kepada Felda.
Bagaimanapun, Saifuddin pada 21 April 2013 mencapai penghakiman persetujuan ke atas saman fitnah dan bersetuju untuk menarik balik mana-mana tuduhan dalam artikel itu yang diterbitkan dalam akhbar parti Suara Keadilan.
Beliau juga bersetuju untuk menerima dan mengakui bahawa Felda IFFCO Oil Products Sdn Bhd melakukan penghantaran minyak sawit ke Palestin dan bukan Israel pada Mac 2010; Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel dan bahawa Felda dan Felda IFFCO Oil Products Sdn Bhd adalah dua entiti sah yang berasingan.
Bernama
Thu Apr 09 2015
Felda: Mahkamah tolak rayuan Mustafa Ali dan empat orang lain
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
Ia melibatkan perbincangan model perniagaan membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.