SEREMBAN: Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India yang manis menggayakan baju kurung dan kebaya menari menggunakan lagu itu dalam aksi klip video hari raya sehingga trending di TikTok.
Dikenali dengan nama The Cine Dance, video tarian oleh 11 penari berusia 14 hingga 26 tahun itu semakin mendapat perhatian di media sosial khususnya TikTok, Instagram dan Facebook sehingga merekodkan hampir satu juta tontonan.
Pengasasnya, Thaneswari Rajenthiran, 26, berkata lagu asal penyanyi berkumpulan popular terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana itu mampu menarik minat pelbagai kaum untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri.
"Kami dianggotai 11 penari termasuk saya sebagai guru tari, saya memilih lagu ini kerana ia trending dan mendapat sambutan orang ramai di TikTok selain lagu ini juga menerangkan situasi sebenar dalam menyambut perayaan.
"Bagi memastikan hasil rakaman ini menarik, kami memilih memakai baju kurung dan kebaya, membeli daun ketupat dan bahan dijadikan rendang sebagai prop. Semasa merakam video ini, kami agak kesuntukan masa kerana cuaca ketika itu panas, tetapi saya berpuas hati dengan hasilnya," katanya kepada Bernama.
Thaneswari yang berasal dari Seremban berkata dia dan ahli kumpulannya hanya mengambil masa beberapa jam sahaja mendapatkan rentak koreografi dan merakam video itu dengan memilih Lembaga Muzium Negeri Sembilan sebagai lokasi bagi membangkitkan kemeriahan suasana hari raya.
Memuji komitmen pelajarnya, Matheyarasi Sugumar, Tamaraa Parameswaran, Humaszalini Gunasaykaran, Nonisha Jeyendran, Kishalini Magenthiran, Neena Ramu, Yuvna Moorthy, Pavithrah Thuraibalan, Harsshala Kalai dan Jeyavicknes Jeyraman dalam menjayakan klip video berkenaan, Thaneswari berkata ia secara tidak langsung menaikkan semangatnya untuk terus tampil dengan persembahan menarik dalam pelbagai genre muzik bagi menghiburkan masyarakat.
Anak ke empat daripada lima adik beradik ini berkata menjadi rutin sejak lima tahun lepas kumpulan Cine Dance merakamkan klip video tarian sempena Aidilfitri mengikut lagu raya yang dipilih namun kali ini tampil dengan kelainan dengan merakamkannya di luar studio.
"Sebelum ini pun memang kami ada merakamkan tarian lagu raya yang hits di media sosial seperti lagu Pejam Celik Hari Raya pada tahun lepas," katanya.
Menceritakan minatnya dalam bidang tarian, Thaneswari yang merupakan pelajar pengurusan penerbangan berkata bidang itu menjadi minatnya sejak kecil dan bercita-cita mahu mengembangkan kelas tarian sehingga ke peringkat antarabangsa.
"Saya seronok menceburi bidang tarian, selain mengajar di Seremban, saya juga berulang ke Kuala Lumpur, Nilai dan Kajang sebab pelajar saya terdiri pelbagai kaum, seronok melakukan perkara kita minat dan mendorong saya lebih berdisplin dan fokus untuk berjaya," katanya.
Sementara itu, Sophiatul Liana Mohamed Sobri atau dikenali Sophia Liana berkata dia sangat gembira dan menghargai apabila lagu raya pertama ciptaan De Fam, Alamak Raya Lagi mendapat perhatian bukan sahaja di dalam negara malah turut tular di luar negara.
Sokongan kaum lain yang turut bersama-sama memeriahkan Aidilfitri kali ini dengan menonjolkan video menarik menggunakan lagu raya itu memberi makna cukup besar yang secara tidak langsung menjadi jambatan kemesraan antara kaum di negara ini.
"Majoriti pendengar mengambilnya dari sudut positif dan buat trend di media sosial dan niat kami untuk mencetuskan suasana gembira bersama keluarga mereka...kami gembira kerana ada yang mengikuti trend ini," katanya.
"Sejujurnya, kami berasa sangat bangga apabila kaum lain turut serta menggunakan lagu ini sebagai kandungan di media sosial, maksudnya lagu ini diterima oleh seluruh masyarakat termasuk rakyat Sabah dan Sarawak, mereka juga kreatif apabila menggunakan bahasa dan dialek masing-masing menerusi lagu raya ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Video tarian oleh The Cine Dance semakin mendapat perhatian di media sosial. - Gambar/ Bernama
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Iraq-Syria tandangani perjanjian, perangi puak pengganas
Kementerian Luar Iraq dan Syria tandatangani perjanjian keselamatan pada Ahad, antara lain merangkumi usaha memerangi dadah, mengawal sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kumpulan pengganas.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
Bank Dunia ikrar sokongan kecemasan
Bank Dunia menyediakan bantuan kecemasan kepada Rio Grande do Sul, yang terjejas teruk akibat hujan dan banjir baru-baru ini, dengan angka kematian mencecah 136 orang.
Seorang lagi warga India ditangkap di Kanada
Polis Kanada telah menangkap seorang lagi warga India berhubung pembunuhan pemimpin Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lepas pada Sabtu.
Empat warga Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan tempatan tanpa permit kerja sah
Sebuah bot nelayan tempatan pukat tunda kelas C ditahan APMM Pahang kerana tidak mempunyai permit kerja sah, pada kedudukan lebih kurang 23 batu nautika dari timur perairan Kuala Pahang.
Warga Korea Selatan maut dan disimen, Polis Thai buru dua lelaki
Polis Thailand memburu dua suspek selepas mayat seorang warga Korea Selatan disimen ditemui dibuang di dalam takungan di Pattaya pada Sabtu.
Lagu viral sampai luar negara, De Fam kongsi cerita di sebalik single Alamak Raya Lagi!
De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok.
'Alamak Raya Lagi' satu lagu yang bagus, harap peminat sokong De Fam - Aina Abdul
Dalam kegembiraan mendengar karya artis tempatan timbul pula isu lagu nyanyian De Fam itu seperti tidak bersyukur dengan hari perayaan Aidilfitri.