KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengambil langkah awal menyediakan 150 unit pam 'backward' tambahan tahun ini bagi mengatasi masalah bekalan air yang dijangka berlaku berikutan fenomena El Nino.
Pengerusinya Muhammad Husin berkata kemudahan tersebut akan ditempatkan mengikut keperluan semasa petani membabitkan keseluruhan seluas 26,000 hektar di enam daerah tanaman padi KADA.
"Pada tahun ini kita buat tambahan sebanyak 150 unit pam backward dengan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi menambah 86 pam sedia ada.
"Kita sudah menghebahkan kemudahan ini kepada petani, hanya menunggu makluman kawasan mana yang terjejas atau memerlukan pam backward untuk kita hantar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu Pengerusi KADA di Ibu Pejabat KADA di sini semalam, yang turut dihadiri Pengurus Besarnya Mohd Faizul Mustafa.
Menurut Muhammad, KADA turut menerima peruntukan berjumlah RM500,000 daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menyediakan kira-kira 100 unit telaga tiub bagi kawasan KADA yang masih sesuai menggunakan kaedah itu.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata meskipun KADA merupakan kawasan jelapang padi negara kedua terbesar, hasil tanamannya masih ketinggalan iaitu purata 4.1 tan metrik sehektar berbanding jelapang barat laut Selangor dengan 4.32 tan metrik, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (4.24 tan metrik) dan Pulau Pinang (5.05 tan metrik).
Menurutnya antara faktor penyumbang kepada prestasi hasil pengeluaran padi rendah di KADA ialah ketiadaan sistem pengairan yang sistematik.
"KADA pada masa ini tidak mempunyai empangan untuk menampung atau menyimpan bekalan air berbanding jelapang lain yang mempunyai empangan tersendiri bagi sistem pengairan mereka," katanya.
Selain itu, katanya KADA juga berhadapan dengan penyusutan kawasan jelapang berikutan pembangunan komersial dan perumahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Muhammad berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu Pengerusi KADA di Ibu Pejabat KADA di Kota Bharu semalam. - Foto Facebook KADA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hasil padi KADA, MADA merosot ekoran kemarau dan banjir - Mat Sabu
Hasil pengeluaran padi KADA dan MADA merosot lima peratus dalam tempoh setahun berikutan musim kemarau dan banjir.
Pembenihan awan fasa kedua di Kelantan dijangka awal Julai ini - KADA
Operasi Pembenihan Awan fasa kedua oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijangka dilakukan awal Julai ini.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Pegawai kanan ditahan SPRM, KADA minta semua pihak tidak buat spekulasi
Muhammad Husain berkata ini kerana sebarang spekulasi yang timbul boleh menjejaskan siasatan SPRM dan menganggu pengoperasian serta perkhidmatan KADA.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Pembenihan awan di Kelantan lulus, tunggu cuaca sesuai
Permohonan pembenihan awan dibuat pada 26 Mac lalu oleh pasukan Task Force Kemarau KADA dan pelaksanaannya perlu disegerakan.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
KADA laksana pembenihan awan jika kemarau berterusan hingga April
KADA akan melaksanakan operasi pembenihan awan bagi menyelamatkan tanaman padi jika kemarau berlanjutan sehingga pertengahan April depan.
Fenomena El Nino: KADA tambah 150 unit pam 'backward' atasi masalah bekalan air
Kemudahan tersebut akan ditempatkan mengikut keperluan semasa petani membabitkan keseluruhan seluas 26,000 hektar di enam daerah tanaman padi KADA.
Benih padi di Kelantan mencukupi - KADA
Stok bekalan benih padi sebanyak 1.4 juta beg yang tersedia berbanding 200,000 beg yang diperlukan, amat mencukupi untuk keseluruhan penanaman padi di Kelantan.