Skip to main content

Dunia

Angkasawan Pakistan pertama pulang ke Bumi selepas misi bersejarah di stesen angkasa China

Muhammad Zeeshan Ali, melambai ketika majlis pelepasan sebelum menyertai misi penerbangan angkasa Shenzhou-24 ke stesen angkasa Tiangong milik China di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, berhampiran Jiuquan, wilayah Gansu, China pada 25 November 2026. - Gambar Reuters

Advertisement

BEIJING: Kapal angkasa Shenzhou-23 milik China yang membawa tiga angkasawan, termasuk seorang warga Pakistan, selamat mendarat di Tapak Pendaratan Dongfeng di utara China pada Isnin, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Angkasawan Pakistan, Zeeshan Ali yang mencipta sejarah sebagai angkasawan asing pertama mengunjungi stesen angkasa China serta rakyat Pakistan pertama berada di orbit, menghabiskan kira-kira lima hari di stesen angkasa Tiangong.

Beliau tiba di stesen angkasa China pada 25 November lalu menerusi kapal angkasa Shenzhou-24, dalam misi yang mencatat sejarah sebagai penerbangan angkasa berawak pertama China melibatkan angkasawan asing.

Advertisement

Misi bersama itu merupakan sebahagian daripada kerjasama angkasa yang lebih luas antara China dan Pakistan, yang bermula sejak awal 1990-an menerusi pelancaran satelit Pakistan oleh China.

Image
A screen displaying Pakistani astronaut Muhammad Zeeshan Ali showing the launch of the Shenzhou-24 spacecraft mission to China's Tiangong space station, as people watch at the Pakistan Space and Upper Atmosphere Research Commission (SUPARCO) headquarters in Islamabad, Pakistan, November 25, 2026. REUTERS
Walaupun tempoh berada di orbit jauh lebih singkat berbanding giliran penugasan kebiasaan angkasawan China yang mengambil masa sekitar enam bulan, pencapaian Zeeshan Ali mencetuskan sambutan besar di Pakistan.

Beliau kembali ke Bumi bersama dua lagi kru Shenzhou-23, iaitu komander misi kepulangan, Zhang Zhiyuan, dan Lai Ka-ying, angkasawan pertama dari Hong Kong serta wanita keempat China yang melakukan perjalanan ke angkasa lepas.

Perjalanan dari proses pemisahan kapsul dengan stesen angkasa sehingga pendaratan dijangka mengambil masa kira-kira lima setengah jam menerusi profil kepulangan pantas autonomi tiga orbit yang dibangunkan China.

Sepanjang berada di orbit, Zeeshan Ali yang bertugas sebagai pakar muatan menjalankan empat eksperimen bersama China-Pakistan dalam bidang sains hayat dan sains bahan. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement