YAN: Kejadian kepala air di Yan berulang lagi.
Dalam kejadian jam 5.45 petang tadi, seorang pemandu jengkaut terperangkap setelah air deras turun dari bukit berdekatan Pusat Rekreasi Batu Hampar.
Ketika kejadian, mangsa, S Lethumanan, berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan itu.
Bagaimanapun, kepala air akibat hujan lebat menyebabkan paras air meningkat dengan mendadak dan melimpah, menyebabkan mangsa terperangkap di seberang sungai.
BACA: Bencana Gunung Jerai: Jasad mangsa keenam tragedi kepala air dijumpai
BACA: Genap sebulan tragedi kepala air Gunung Jerai, penduduk kembali bangkit
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mangsa berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.06 petang dan pasukan BBP Yan tiba di lokasi untuk melakukan penyelamatan.
"Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan mangsa adalah pemandu jengkaut yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan air terjun itu.
"Mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba dengan teknik menyelamat menggunakan tali selepas aliran air sungai terbabit sudah perlahan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Sayani berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.23 malam.
Sementara itu, tinjauan mendapati beberapa kawasan di daerah Yan terutama berhampiran kaki Gunung Jerai mengalami banjir kilat.
Dalam kejadian kepala air dan banjir lumpur di kawasan Yan pada 18 Ogos lalu, enam mangsa ditemui meninggal dunia sementara lebih 1,000 rumah terjejas.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Oct 20 2021
Fenomena kepala air akibat hujan lebat menyebabkan paras air meningkat dengan mendadak dan melimpah, menyebabkan mangsa terperangkap di seberang sungai. - Gambar/ JBPM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (07 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Fenomena kepala air di Yan berulang, kali ini mangsa terperangkap
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, mengakibatkan seorang pemandu jengkaut terperangkap setelah air deras turun dari bukit berdekatan Pusat Rekreasi Batu Hampar.